sila baca, demi menyelamatkan nyawa. cewah memaksa readers nampak?
SATU
Tips dari Taekwando. Siku adalah bahagian badan yang paling kuat. Jadi gunakan sebaik mungkin.
contoh: kasi hantam perut dia pakai siku. paling hebat kalau kau terus tunjuk siku, kemudian penjenayah terus lari..contoh ini hanya sesuai jika anda seorang yang buruk siku.
DUA
Kalau anda sedang so syok! jalan jalan, tiba-tiba disergah penyamun, dia hulur pisau tapi anda diminta menghulurkan sumbangan dompet anda. Perkara pertama yang harus anda buat, ialah.. keluarkan dompet. Jangan beri dompet tadi kepada encik penyamun, tapi campakkan dompet sejauh yang mungkin, agar penyamun tersebut berkejar terhadap dompet anda. Dan inilah masanya untuk anda lari lintang pukang selamatkan diri ke arah yang bertentangan dengan dompet tadi.
Dan lebih bagus kalau kau bawa bersama dompet extra (dompet kosong) supaya boleh campak dompet kosong tadi ke muka penyamun, lalu berlari menyelamatkan diri sambil ketawa ria. sekali balik rumah baru perasan terrbaling dompet yang salah. hahaha.
Apalah erti sebuah dompet, kalau dibandingkan dengan nyawa. (oh, ada orang lebih sayangkan dompet daripada duit yang ada kat dalam dompet tu.hehe)
TIGA
Wanita. Jantina jenis ini cenderung untuk cek lipstik, pakai bedak dulu, cek list barang didalam kereta,(diparkir awam/rumah sendiri/tempat kerja) TOLONG HENTIKAN PERBUATAN SEBEGINI. sememangnya ia akan mengundang padah. Kebanyakkan perompak akan aim wanita sebagai mangsa, berbanding lelaki. Lagi-lagi kalau dia dah tau kereta tersebut milik wanita. Dah engkau pegi letak teddy bear, bunga-bunga dekat dashboard, memang sohih la kereta perempuan kan.
wajib buat: Cepat cepat masuk kereta selaju mungkin lock pintu, sebelum ada orang masuk dipintu belakang acu pistol dikepala anda. err. dramatik
Jika anda berdepan dengan situasi begini, oh please, jangan la pergi ikut arahan perompak tu. dia akan suruh anda drive kereta ke..entah, mana aku tau. Perkara terbaik, start engine, lalu hantam saja perkara di depan kereta anda. Kalau dinding, kasi hantam itu dinding. Kalau kereta orang, hantam lagi kuat. takpa, inilah masanya anda dapat menghentam kereta orang tanpa rasa bersalah. hehe. kereta depan ada insurans. its ok.
Di saat ini anda akan bersyukur beli kereta mahal sikit sebab ada AIR BAG (aku wonder, kereta kancil ada airbag tak? hehe) anda selamat dengan air bag, tapi perompak dibelakang anda mungkin lebih parah terhumban ke hadapan otomatik pistol tadi tidak dikepala anda lagi. Ini masa yang terbaik untuk keluar dari kereta. Run for your life!!!~~~~
Usah risaukan kereta anda, ini lebih baik daripada orang jumpa mayat kau entah nowhere. Lebih tragis siap 3B; Bunuh, Bakar, Buang. mungkin sebelum tu dia rogol ko siap siap. oh God~ na'uzubillah min zalik.
*
*
*
eh, cakap memang senang, tapi kalau betol betol bukan cobaan, kalau dah gelabah, satu tips pun tak terfikir dah. =_=
ada lagi 8 tips yang akan menyusul. tapi publish 3 dahulu. yeahh~
++rasa ingin menampar diri setelah mengetahui program 1000Jiwa 1Hati adalah sangat best. Itulah, siapa suruh tak jadi pergi, kan Maher Zain dah datang. cess~
4 comments:
er...wallet tu pelik....camne lak leh ade idea nak bawak sampai 2....
hak3 best gak bawak 2 wallet nih
aku penah dgr tips pasal wallet kat 3R..
nk kene blatih campak wallet jauh2 dari skrg ni...
@ARC nak bawak 3 pun takpe :P
@yah
campak kat aku meh, pastikan ada duit, paling kurang 50hengget.keh3
Post a Comment