"best kott borak dengan dia tu, sebab dia tu kelakar!"
biasa dengar tak ayat ni?
bukti lagi,
Hantu Kak Limah Balik Rumah dah dapat 8juta kutipan untuk 30 pawagam. kira paling hot laa 2010.
aku pun macam tak caya boleh marathon 48hours tengok kak limah dekat astro first. haha. padahal aku ni bukan kaki tivi, apetah lagi kaki movie.
eh, tadi aku pergi buat kuiz kak limah dekat facebook, dapat karakter Usin. HAAA, HANIN DAH ADA FACEBOOK?? nampak sangat nipu(kaklimah-usop, 2010) tumpang ID kakak saja. LOL
rugiii kau tak pergi ceramah kat mesjid tadi, ustaz tu kelakar kottt!!
entah sampai bila lah orang kita nak yang kelakar-kelakar saja.
YA, kelakar baru tengok atau dengar. Ilmiah atau tak, kita kira nombor 2. Malah kadang-kadang nombor 3, sebab kalau ustaz hensem, kena letak nombor 2. hohoh
Sebab tu cerita Laskar Pelangi tak masuk langsung pawagam malaysia. Dah bertahun keluar di pawagam sana, tahun 2011 baru masuk Astro Ria, itupun sempena maulidurrasul. cerita itu cerita mengkritik sistem pendidikan di indonesi, lebih-lebih lagi sekolah agama. korang amik tau ke? aku pun baru tau.
sekarang ni trend Anwar Hadi. Aku bet dia famous sebab dia kelakar, bukan sebab isi yang dia cakap tu. Sebab? sebab ramai bloggers promot dia atas sebutan "dia kelakar la wehh" takjumpe pun yang tulis "anwarhadi ni best, sebab dia ilmiah" walaupun itu agak fakta la jugak.
Mula-mula aku ingat video Anwar Hadi tu, video Anwar Ibrahim dengan Haji Hadi. Dasar kepala politik memang begini. :P
lagi satu dah mula MatLuthfi pulak. lepas ni makin ramai orang yang duduk dekat ostrolia buat video macam nih. anyway, isi bagus takda masalah.
Oh man, bukan orang kita saja suka kelakarkelakar. Memang lumrah manusia suka yang kelakarkelakar. dah tu, takkan nak suka yang mengantuk-ngantuk cik Hanin oiii.ngantuk baik pergi turu, orang jawa cakap sleep.
nah, THAT'S NOT HIJAB by UmmahFilms.com. Baba Ali ni memang kelakar orangnya, tapi tak melampau. style video pun macam Anwar Hadi punya. eh salah, Anwar Hadi yang tiru Baba Ali.
eh lagi satu yang aku suka HARAM POLICE
Orang cakap, kelakar ni boleh jadi penyampaian berkesan. YA berkesan sebab orang nak duduk dan dengar...dan tak mengantuk. Tapi dari segi nak feel sampai ke qolbu, bila masa nak feel? asyik ketawa saja. kan? :D
ketawa sebenarnya berbahaya!! mari sini adik-adik sekalian, kakak Hanin nak beritahu kenapa.
satu. menjadi sifat yang tercela jika yang berlebihan (terbahak-bahak.non stop)
dua. memberanikan orang bodoh kepada kita
tiga. menunjukkan sifat kebodohan. Orang berilmu yang ketawa umpama memuntahkan ilmunya.
empat. lupa dosa-dosa lalu.
lima. lupa mati dan akhirat.
enam. ketawa boleh membekukan hati. maka hati yang beku, makin berani buat dosa gitu~
Jadi, jika anda rasa sungguh berani dan tabah bila buat dosa, sila buat begini;
angkat tangan kanan tinggi-tinggi, kemudian letak pada bahagian hati. sebut astaghfirullah alazim 10kali.
yeahh. sila feel dan menangis.
tujuh. menanggung dosa orang yang tertawa kerana tertawaan kita. so pak lawak sekalian, buat lawak biarlah berilmu. bukan lawak bodo naa.
lapan. akan banyak menangis di akhirat.
tak percaya pergi test satu sampai lapan, tengok hati kau keras macam batu ke lagi keras dari penyebat malaikat munkar nakir Y_Y

sekali tengok sumel, dua tiga pat kali tengok, rasa nak pegang kepala kucen neh.
Sifat ketawa Rasulullah cukup sehingga menampakkan gigi saja. tak lebih, dan ketawa tak melebih-lebih.
Untuk kalian dan aku juga,
semoga menangis-nangis di dunia, ketawa-ketawa sama-sama di akhirat.
6 comments:
:)
hohoho aku nk bawak jojo tgk cte hantu kak limah pasnih
ana yg bc post nie rasa enti mmg seorg yg lawak..
@ARC
:D
@nur hidayah
nnt jojoh kene buat ketawa mcm kucen tu. abis hilang semua ilmu keJojoan dia. haha
@radzi
err..sori.tak sengaja
Post a Comment