Chakpong FC

Sunday, February 27, 2011

para gadis di stalking sehingga depan rumah

tajuk hot, konon-konon nak buat pelaris :P

orait. macam biasa aweks aweks di Rumah singgah zaman dulu(story satu, dua, tiga), memang takkan pernah nak mengasapkan dapur.

kadang-kadang kalau teringin makaroni rebus takpun lauk sadin, baru terhegeh pikir resepi.lagi senang kalau mintak google tolong fikirkan.

selain itu asap hanya terjadi kerana mempanaskan lauk. haih anak dara~

jangan salahkan kami...,

pertama, agak tak berbaloi masak kerana orang rumah tak ramai. kalau setakat berdua lebih baik bertiga,adakah lagi baik? pun tak berapa baik nak masak. bazir minyak je pun. lagipun, masing-masing cerewet nak menu sendiri.haha

kedua, sebab rumah takda peti sejuk. Jadi tak yah berharap konon-konon pegi pasar beli barang mentah lalala~ nak simpan mana??

ketiga, lagi la kalau malam...tak kuasa dah nak pikir apa. beli sudey~


maka tibalah satu malam, port macam biasa kedai Akak Koner. si Pe'ah, Joyah dan Senah ke situ.

saya? saya tak ikut. sebab cik Hanin dah kenyam dari tengahari. perut kecik la katekan. korang tengok che'nin dalam KakLimah tu pun, takde gaya kuat melantak kan. hekk tetibe.

ok, memandangkan cik Hanin tak ikot. makanya cerita ini jadi sejarah sekunder. diceritakan semula oleh Pe'ah Joyah dan Senah

sesambil makan...tetiba Joyah perasan, ade sekumpulan mamats di meja berhampiran melambai-lambai. haih.

tapi Joyah buat derk saja. tetiba Joyah dapat mesej.. "hai boleh kenal"

Joyah dah kaget.

kemudian langkah kiri 3 gadis pingitan, selesai makan, lalu blah dengan menaiki kereta yang ofcos ada nombor plat.

Joyah mengadu pasal nombor takdikenali mahu berkenalan...

Pe'ah balas "ewww nak ngorat hantar2 mesej pulak..kalau berani sangat, datang depan rumah la..baru gentlemen" seronok si Pe'ah gelakkan Joyah

Selanjutnya pabila di rumah beberapa menit.. si Joyah dah terpucat-pucat bila terdengar hon kereta depan rumah, sambil terdengar hilai tawa sang jejaka. Si Joyah pun dah terjerit2 panggil Pe'ah dan Senah.

berceritalah mereka kepada cik Hanin, bahawa jejaka2 tersebot adalah mamats di kedai makan tadi.

fuhh berpeluh kejab diorang.

"assalamu'alaikum..." suara mamat dari luar. depan rumah

bertolak-tolak si Pe'ah Joyah Senah, sapa nak keluar nih.

"takpe la, aku keluar..diorang tak kenal aku" pantas Hanin memintas, superwoman memang camni.

lepas tu, aku dok intai-intai, eh..apsal diorang tak de pulak. pelik.

"ey takyah layan la diorang ni..ntah pape je dok gelak-gelak pulak, pastu nyorok-nyorok" sebenarnya risau nanti jiran kata apa huhu.

salam lagi...
lagii...
lagii
dan lagi. tapi takde sapa nak sahut. heheh.

si Pe'ah memberanikan diri... "takpe la..keluar je. bebudak sekampus je ni..."

"ye..nak apa? cari siapa?" terintai2 si Pe'ah dicelah pintu

"aa..nak jumpa yang drive kereta tadi.."

"ohh..dia dah tidur la.." bagus punya anak dara, lepas makan tidur.

hakikatnya, si Pe'ah la yang drive kereta tadi. haha.

"nak bagi barang ni..."

"barang apa pulak? letak jelah kat kereta tu.nanti saya amik" balas Pe'ah yang masih bersuara celah pintu gaya bajek berani. padahal tadi dah kecut.


maka mereka memblahh kan diri. brooom2 zoooom~

"barang apa Pe'ah?"
"entah..."
"nak bagi flyers iklan aksesori kereta ke?" Hanin punya berbaik sangka, superwoman memang camni.


Disebabkan perasaan curiousity kitorang amatlah tinggi macam gunung ledang, Pe'ah lantas pergi ambil 'barang' tersebut.

nak tahu 'barang' apa? jeng3


nombor telefon siap fullname you!.



hambik kau. gentlemen dah datang mengadap depan rumah. HAHAHA.

*
*
*
minutes later....

"macam mana tau diorang sekampus?" soal Hanin

"ala, manusia bernama ....(sensed) tadi dia ada sekali. konfem la satu kampus"

"oohh laa...aku kenal kot kawan dia tuh. jap eh"

dengan lajunye ibu jari cik hanin taip mesej

"komplot apa depan rumah tadi?" -sent to encik (sensed).

encik (sensed) call

"ehh tak buat apa2..ada kawan nak kenal dengan yang bawak kereta tadi..tu je"

"ohh nak kenal? hurm..takyah la..dia tak nak"

"eh taknak? dah ada boyfren ke?"

"bukan masalah ade boyfren ke tak ..tapi dia tak suka.."

"ooo memang tak boleh la camtu ye.."

"haa takleh" superwoman ni memang menjawab secara direct. hohoh


realitinya, Pe'ah Joyah dan Senah masih single menyingel available. waka waka. sape nak kenal boleh kontek saya. tapi kena isi borang baitulmuslim dulu la ye. =P

tak kenal maka tak cinta. Macam mana lah si Pe'ah boleh rejek bulat-bulat. padahal baru tau nama je. wonder tak? wonder?


ITULAH KEBURUKAN FACEBOOK. miahahaha~ (sape suruh bagi fullname)


Ehem, sekarang terfikir, facebook boleh ganti borang baitulmuslim kah? scroll profile orang ke atas ke bawah, rasa tak berkenan. ok done. :P

Kepada jejaka yang terasa bahawa cerita di atas milik mereka/dia. Dan sekiranya anda serius, sila buat secara serius. Bukan pergi gelak-gelak depan rumah orang. =_=" tak manis ya. Kami perempuan melayu tulen. OK CHILLi~ :D


++Kes Joyah tadi tu takde kaitan langsung dengan 'mereka' di atas. haiyaa =_=

5 comments:

.::annemishi::. said...

facebook boleh ganti borang baitulmuslim kah? <-- i guess so. haha.

reza al-razi said...

Dilema wanita nih... Haha...

aNdi.Hanin::حنين said...

@.::annemishi::.

itulah, siapa suruh tulis segala mende kat facebook kan ;)

aNdi.Hanin::حنين said...

@Reza Razi

kalau setakat dilema lelaki, takleh lawan laa :P

nur hidayah said...

like