Chakpong FC

Showing posts with label promosiHebat?. Show all posts
Showing posts with label promosiHebat?. Show all posts

Wednesday, October 26, 2011

Perubatan Alternatif: Bagaimana membezakan yang Syari'e dengan yang Syirik?

Salam'alaik. Hari ni terbaik hati nak beri salam dalam belog. Bukankah menyebarkan salam itu sunnah nabi? 

wew

Sebenarnya agak malas nak menceritakan pasal benda ni kat blog (public area) sebab ini adalah hal peribadi. Eleh, korang suke ke nak baca hal peribadi orang? Which is, aku bukan retis. Aku nak tertonggeng tergolek pun takda siapa kesah. hahaha.

fine.tak kelakar.

Dalam 2 minggu lepas, ada seseorang menyarankan saya untuk ikhtiar dengan rawatan urut patah dengan sorang pakcik nih. Pakcik ni handal dalam urut patah. Di mana, situasi saya sekarang agak make sense jugak untuk diurutpatah, walaupun tak patah sebenarnya.

Sampailah waktunya,...terrraa...

"....#$$# ..." sambil pegang kaki aku. *jampi

Done. itu je. aku dah jeling-jeling nenek aku kat sebelah. "what the fish he's doin?" terdetik hati.. Dah ah pegang-pegang je kaki aku. Takda gaya mengurut langsung.

"air ni air selawat, air ni guna sapu dan minum tiap malam sebelum tidur..." pakcik urutpatah berkata selepas mentiup-tiup sebotol air mineral.

"tapi..syaratnya, jangan guna apa-apa minyak sapu kat kulit, jangan minum air berais, tapi kalau dah terminum atau terpakai krim, air ni kena buang, takut dia membalas pulak, lepastu datang balik jumpa pakcik, pakcik bagi air lain.."

WAAAH. syarat dia ofcos la aku tak suka, sebab pertama syarat dia sangat pelik.
sebab kedua, macam maaane aku nak pakai moisturizer? (gaya adu du) habisla kulit mulus aku =P phuii!
sebab ketiga, dia baca 'selawat' tu sambil mengembus asap rokok.

tak shukew.
mencampurkan yang hak dengan yang bathil and i hate smoker.

Tapi yang paling terkezut mak~ bila pakcik tu cakap "kalau tengah tidur malam karang, kalau terasa sakit sikit, tahan, tu tandanya pakcik tengah buat kerja"

FUH LA MAK.
Gile la pakcik ni buat kerja dari jauh.

Bila sampai point ni, aku reject habis-habis. nak bersekongkol dengan jin jangan ajak aku, kang aku jadi jin, baru kau tau!

Dekat rumah, aku telek-telek air mineral tadi, wehhh ada minyak terapung atas air tu, nak suruh aku minum? aku konfiden minyak tu dari asap rokok tadi^%&#. eww

Secara psikologinya, kalau orang tak percaya, memang tak jadi apa lah kan? so nothing happen..dun wury.Hanin is still alive.



dan secara logiknya, MANA ADA AIR SELAWAT/AYAT 30JUZUK SKALIPUN, PAKAI SYARAT BAGAI. NAK MINUM, MINUM JELAH, JANJI BACA BISMILLAH.

maka, sinki yang tolong minumkan air 'selawat' tadi. takpe..sinki takperlu baca bismillah.

aku cerita sama mak sedara, dengan selamba beliaw berkata "pakcik tu nak tolong tambah jin kau ke? HAHAHA" *gelak seevilnya.

cis.
aku jadi puteri bunian kang



Yang Syari'e macam mana pulak? Tunggu entri berikutnya...dengan penuh debaran. kihkih. konon.

Sunday, August 14, 2011

simple labuh dan cute by helizahelmi


Wohoo.ini yang best bawak tarawih/solat raya. Tapi dalam ramai-ramai putih, kau paling biruuu~ Eh pakai selalu pun takpe, bukankah kita solat 5 kali sehari? :D



Style ni, aku selalu buat kat opis. Tutup muka sebab tak nak muka sejuk. *aircond* Jangan biarkan kulit muka anda sejuk, nanti kulit kering. cepat kedut. hoho. Tapi yang ni kalau pakai niqob lepas tu nak makan kat luar, tak tau nak sodok sudu masuk mulut celah mana. haha.


Yang ni tersangat simple but cute!

Ok lah, orang yang pakai tu memang cute. haha.

Tapi harga tak simple laaaaaa. "takpe, tunggu murah sikit baru beli" -CekNon.


Cekedaut more on HERE -helizahelmi harus bayar saya sebagai promoter.HOHO


++aku nak cuba style HanaTajima. tapi tak boleh, sebab pendexx laaa. -_-'

Friday, December 3, 2010

Bas Untuk Wanita SAHAJA. Wanita sekalian, mari beronok-ronok

Kalau sekarang, ada KTM pink khas untuk wanita. Tapi sekarang GILIRAN BAS pula!

yabeduuu~

saya sayang Malaysia!~

Khidmat bas untuk wanita dapat sambutan

(ihsan: KOSMO!)

seronok kan? best kan?
sementara masih single, jalanjalan bawak bestfriendwanita boleh lah kata best. kalau esok tulat tubit kalau sudah berlaki(bestfriendlelaki)...err hubby, kita naik kereta je la eh? *alasan tanak naik bas :P

Selepas ini, mungkin ada teksi untuk wanita sahaja. siapa tahu? Iran dah buat lama dah..Malaysia tertunggu-tunggu.


Tapi macam biasa, orang lelaki ni kadang-kadang memang tak pandai membaca, dan pekak.. kot? bila..

Coach KTM khas untuk wanita...
main belasah je.. ala, terrrmasuk
(kejadian: Seremban-UKM)

Tinjauan Kosmo! di hab Pasar Seni semalam mendapati, masih ramai penumpang lelaki tidak menyedari notis khas 'untuk wanita sahaja' yang ditampal dicermin depan bas.

Menurut Penyelia RapidKL, Ahmad Roslan Abu Bakar, ramai penumpang lelaki masih keliru dengan arahan yang dikeluarkan.

(ihsan: KOSMO!)

Kalau masih di ambang permulaan, memang wajib la keliru. Lagi pula koc wanita sekarang sudah tidak pink, (mungkin KTM mendengar luahan hati saya :P) tapi kalau speaker dekat stesen KTM sikit punya kuat ulang sepuluh kali "Koc tengah, untuk wanita sahaja"

memang the real pekak! Kalau tersalah masuk sekali pun, di antara koc tu ada pintu. takreti-reti nak blahh?

Yang paling aku hangin, dah lah dia sorang sahaja lelaki, lepastu ada makcik-makcik nenek-nenek baru masuk, SELAMBER JE TAK BAGI SEAT. =_= lu tak ada sivik ka? (eh aku pun berdiri la time tuh)

Tak lama lagi ada Denda-untuk-lelaki-yang-sengaja-naik-koc/bas-wanita. yeahh ini yang paling ditunggu-tunggu. sekali terrrrmasuk..., RM500. wah

Wednesday, October 6, 2010

misteri sejadah bercahaya

Korang kalau bab misteri laju je nak tau kan. Cuba kalau pasal ilmu, holoh holoh. ok fine, tak semua macam tu... :P

nah, lihat (lihatlah dunia~)

cantek kan? masa aku nak solat isyak semalam, tetiba sejadah aku mengeluarkan cahaya sebegini, menunjukkan betapa bersinarnya keimanan sang pemakai. hahahabapakkurafat.

ini adalah teknologi tahu.

makin hari makin maju,
sejadah bercahaya siapa tahu

ambik kau, siap pantun neh.

Terima kasih kepada Soner Ozenc, sebuah syarikat dari Turki. sejadah ini dicipta berdasarkan arah kiblat. berdasarkan null hypothesis yang telah di reject shop

semakin tepat arah kiblat, semakin bersinar cahaya sejadah


fahami gambarajah ini. kalau tak faham jugak, kau memang.

maka hypothesis ini diterima.yeaaah.
*
*
*
best memang best. tapi...ada orang akan sakit kepala tiap kali lepas solat. hu..aku lah tu.sang penchenta migraine. X_x


jadi,
misteri telah terungkai. dan yang masih menjadi misteri ialah...sampai sekarang aku takpernah jumpa mana-mana belakang sejadah biasa, yang ada tulis MADE IN MALAYSIA.

ohh Malaysia~

naseb baek aku bangga dengan Malaysia, sebab Maher Zain ada kat Malaysia sekarang ni. Haha. *tetibe


yours truly,
Siti Nur Malaysia

Sunday, August 1, 2010

siapa suka makan cokelat?

Bagi saya coklat ni sedap, sebab letak 60, habis 60 dalam masa 2 jam. paper IluvIslam pun kalah. hahah. Jangankan bebudak, mak budak pun beli berbungkus-bungkus. iskk. tebaik.(sebot bebetol, TERBAIK !)


Coklat baru dipasaran. membeli sambil menderma untuk Tabung Palestin.
dapatkan di mana2 event Ikram-Palestin-Aqsa. dan bagi UiTM Johor, sila cari program InSoft.heheh.


siapa sayang al-Aqsa, kena beli. wajib! :P

kalau nak beli berdozen2 buat bekal kedai masing2, sila contact AqsaSyarif. -tukangpromot

Friday, June 4, 2010

Maher Zain's CD now available in Malaysia

Semasa di WEHDAH'09, aku nak tido dengar lagu maher zain, bangun3 saja telinga da didendangkan dengan lagu maher zain, sebab ada housemate bukak lagu maher zain macam nonstop.woo. gila melampau housemate camneh, nama housemate Solehah Kasim. haha. takpe solehah iloikee :D

nahkau sebijik!




Adakah ini yang anda nantikan? *ecewah aku da macam promoter neh*

Takyah berlari ke Speedy mahupun ke kedai CD, sila layari Inteam Mobile Online

aku buat promosi ni tak ada komisen heh, ini promosi free. mungkin juga mengharapkan sekelumit pahala, mengajak anda mendengar hiburan sambil mendidik jiwa. eceh :P

taktahu seypakah Maher Zain? ini dia orangnya lagunya


jangan asek download free je, SOKONGLAH INDUSTRI NASYID DUNIA!!! *jerit konon2 dunia bergegar* =P


terimakaseh. kasih diterima

Friday, December 25, 2009

... anda suka mihun?

seriusli suka mihun? mari baca sini.
.ehem.
lepas ni janganlah sampai tak makan pulak.
cuma
lebihkan sedikit hati-hati dan curiosity

:)
selamat beramal

Sunday, December 6, 2009

... i'm halal.com

.
.
.


[iklan: sempena entri ke-100, saya ada award untuk pembaca.]

I'm Halal.com , sebuah enjin pencarian berteraskan Islam. wow?

yes, wow!
mungkin ini baru bagi saya, tapi tidak bagi anda, tapi entahla.

tujuan I'm Halal.com diterbitkan ialah, supaya adik-adik kakak-kakak abang-abang sekalian tidak terlatah titibe (abang sally: terkejut mak~! haha) bile tengah search benda lain, keluar benda lain =_= sambil mulut menyebut astaghfirullahal'azim...~~

ha, tak faham lagi?

begini, I'm Halal.com menyediakan filter yang berguna untuk menapis sebarang anasir yang non-Islamic.

dan

jika anda didapati search yang bukan-bukan maka, akan plink!

Warning!

Your search query contains terms with a Haram level of 2 out of 3.
That means that the search results could contain Haram content.

Are you sure you want to continue to the search results?



patutnya dia kene tambah 'ALLAH IS WATCHING YOU!' hahaha.
ha ha, baru tau takut..


namun begitu, I'm Halal.com masih tidak berupaya menapis sepenuhnya, jika sememangnya niat anda nak bukak gambar yang bukan-bukan. huhu. So, ketuk hati, tanya iman.

Terima kasih kepada pencepta I'm Halal.com yang berusaha menyebarkan syiar Islam. (guna sound: Terimakasih kak ros~!!)

I'm Halal.com jawab, "Kasih diterima" ceh,titibe.hee

Lebih manis jika, I'm Halal.com berkongsi rasa kasih dengan Mozilla Firefox, supaya ada button mudah 'I'm Halal.com' dicelah kanan atas windows Mozilla. biasalah budak baru pandai merangkak, aku dah demand lebih dah. haha.

Kemudian, lihat pada kanan bawah site tersebut. huh,apadia? tengoklah sendiri. comel kankan? ^_^


this 100th entry, brought to you by I'm Halal.com. and this is an award for readers,that i mean before.. take it or use it! lalala~

Saturday, September 12, 2009

definisi penat dan fun

.
.
.
hari khamis lalu..
saya menyentap jantung sendiri pabila dapat tahu akan menjadi penjaja bersama anis mucuk di 10pagi hari. takkan kami berdua saja?? -_-"

pasrah dengan parah sekali, kerana pagi itu kami berdua ada test experimental design&analysis dan assignment statistik yang cukup parah kebarangkalian assignment itu terrrlewat hantar. fufu~ (ustaz cakap kalau 'terrr' itu tidak sengaja.wink)

pukul 10.30 pagi selesai assignment, saya berlari kencang ke tapak kedai.
ceh kedai konon padahal booth kecik je kat speaker coner. ngeh3

ohh rupanya saya dan budak mucuk ini tidak berduet malah berjemaah dengan penjaja lain. terbaek ahh. terus hilang jantung sentap. hoo~

baiklah, mari tatap foto


hari ni birthday siapa ye?

lai lai lai, kami menjual produk HPA atau nama glamer di UiTM Johor, 'Produk Ustaz Lokman'

ini hazimi si tuan kedai yang tak hingat harge barang, lepas tu memang siap la dia kejar semua penjaja/promoter yang hingat harga. haha. dan yang belakang tu, akmal pembantu makmal. tak pembantu kedai. hehe

ini pula haziemah isteri tuwan kedai yang comel. isteri???? akak Nur jangan ketuk saye. LOL


ini penjajas aka salesgirls yang berbentuk ninja dan mengamalkan prinsip: Kalau UiTM Johor Benarkan Purdah Dah Lama Pakai

prinsip takde kaitan =P

10 hingga 2 petang memang tercabar iman, mana taknya, depan tu penuh dengan air air airr~
kemudian tekak tercabar-cabar juga sebab asek kene eksplen harga barang dekat salesgirl & salesman sebelum tukar shift. haizz.. aneh punya kerja, promote harga sesama salesgirl (bukan dekat pelanggan)

rasa macam, adakah saya seorang salesgirl atau tuwan kedai he? haha. hanin poyo!

dan wii~ anis mucuk yang dinobatkan The Most Hyperactive Salesgirl (gambar tiada). memang logik dia boleh hyper dibulan puasa (double meaning nih! hahaha)

sebenarnya ada hasrat nak ponteng kelas pukul 2 dan 4 atas hasutan wani wangi,(mungkin akibat terfun lebih) tapi hasrat hasutan terbatal mengenangkan triple integral dan statistik mengira-alpha-beta-gamma-dia-dah-keluar-dahh 0.o



penat dan fun gile pandai hanin buat cerita. lalala~

++naseb tak 'ninja' kan semua. hehe

Tuesday, August 25, 2009

... syaitan cuti h1n1

.
.
.
.
.

maka kita apalagi? hooyyehh marilah berfiesta!

dingdongdingdong chakpong chakpong~

kemain engkau ye. aku maksudkan chakpong chakpong dekat masjid aka PI. mari semua! :D

eh tak, saya bukan suruh anda on9 chakpong saya ini dekat PI. mementang PI dah cukup wireless. jangan nak mengarut.

sempena sebulan syaitan nirrojim semua dah kene selesema babe nih, manfaatkanlah sepenuhnya bulan mulia inih. sebulan diorang cuti ni, kita dapat seminggu je. eh lebih ar kau nak sebulan pulak.

bagi pelajar UiTM Johor, Pusat Islam UiTM Johor menawarkan pakej:

1.berbuka puasa kurma sedap
2.solat maghrib berjemaah (as usual)
3.makan nasik. yahoo~
4.tarawih. yeahh~
5.tadarus. yuhaa~
6.moreh (-,-" hee ini penting ke? popia penting jugak :P)
7.qiam. kejab, yang ni aku tak sure hari2 ke ape. (eh, orang jauh dgn PI logik la, anda yang rumah sebelah PI patut amik tahu, tahu? kuikuikui -menyeringai budak sektor A XD)

bukan saja wireless(heh?) malah PI sudah dilengkapi sistem pendingin hawa yang berkaliber wuu and many more. cewah. macam iklan percutian mewah cukup.

semua pakej yang disediakan adalah free belaka, kampus sponser. hikhik. ohh iklan percutian mewah free. mari teruja. :D

hookey, bagi bukan UiTM Segamat, jangan merajuk. saya tidak melupakan anda.
disebabkan saya malas nak taip, jenis2 puasa ke fadhilat puasa ke (nanti2 jelah aku penat neh)

..marilah kita berdendang


Muhasabah Ramadhan

Hari raya hari kemenangan
(hanin: start lirik je dah hari raya, heyy -_-")
Hari kesyukuran dilimpahi kemuliaan
Di lipatan seni mehnah
Ada maksud murni yang lebih hakiki

Pada nafsu yang dilentur lapar dahaga
Pada fikiran disinar wahyu dan sabda
Pada hati bersih di solat tarawih
Apakah semuanya telah dimiliki

Puasa mengajar erti ketabahan
Menghadap ujian berlandaskan iman

Puasa perisai yang sangat maknawi

Penyinkap hijab antara hamba dengan Illahi

Puasa sempurna menahan rohani dan rasa

Puasa sederhana menahan indera dan juga anggota
Puasa biasa hanya melawan lapar dan dahaga

Lalu di manakah puasa kita Adakah masih di tahap lama

Lalu muhasabah di hujung Ramadhan
Sudahkah terbangun jiwa teguh dan kukuh
Atau kolam jiwa masih tercemar keruh
Bersembilu dosa duri angkara

Ketika bertahmid, bertakbir, bertasbih
Terasakah ita hamba Illahi
Yang hanya mampu mengukir tadbir
Sedangkan padaNya segala takdir

Unic.Nur Syawal

yang ni kopi-pasta je, tak penat. hehe.

tak tau nak lagu? ok kejab. klik sini
berdendang sambil menghayati ya :D


++syaitan dah cuti h1n1, jika anda berkelakuan 'syaitan' maka andalah setan itu. haHAHAha.

--NASEHAT SAYA DEKAT ORANG-BELAKANG, BULAN PUASA NI KURANG2KANLAH 'BERGAYUT' hamek kau. kahkahkah