Chakpong FC

Showing posts with label randomization. Show all posts
Showing posts with label randomization. Show all posts

Wednesday, September 14, 2011

how to spell 'rendem' ?

Bermula sem baru budak-budak IPTA. Tahap degree je. yang tengah buat diploma, sijil, takyah buat muka tersipu-sipu kekonon baru start klas. heh.

aku memang malas update belog. *tetibe mention, padahal tengok tarikh post pun tau*

Jadual kelas pun aku tak tahu lagi nih. hahaha guwa terpaksa ponteng seminggu la der XD

*
*
*

bah! arini birthday aku. =_= macam biasa, tak suka jadi tua. sebab bila tua dosa pun bertambah tua. dikhuatiri pahala tak tua. hesh..

arini jugak cikRoqah fly ke Jordan. doakan beliau cekal berjuang. Best kan orang dapat buat degree jejauh, aku ni yang dekat Pahang pun pikir sepuluh doploh kali nak pergi. hakhak.

CikRoqah cakap "ilmu ada kat mana-mana, yang penting niat belajar" CikRoqah cakap camni teros I tacing.isk.

lepas tu, CikRoqah cakap lagi (banyak cakap cikRoqah ni), "saje fly ikut tarikh birthday hanin" tacing lagi le kunun. ngade :P

*
*
*

Berapa ramai sekarang dah remove gambar dekat 'public area' maksud aku blog, facebook, faceblog,..?


takut kena santau.
muhehe.

gelak pulak dia

Dari dulu lagi aku memang tak berkenan letak gambar sendiri merata tempat, melainkan diniqobkan wajahku. :P

sebab alkisah dulu pernah berlaku, gambar diculek =_=" err relex-relex, penculek-penculek telah dikenal pasti. PENCULEK-PENCULEK huh? yaaa ramai. (bukan ko sorang je buat)

Penculek dikenalpasti berjantina lelaki. itulah masalahnya. tak kira lagi yang mengarut mintak gambar. alasan? rindu~

RASA NAK TAMPAR PAKAI KAKI.

sorilah kalau aku tulis macam ni macam bajet howwwt. wakaka.

aku tak hot la weh, diorang yang rabun =_="


Seee..dah kena macam ni pun sakit hati berkilo-kilo, inikanpulak kena santau. KORANG NAK?
baik remove gambar korang cepat. tak kisah la kau perempuan ke lelaki.

ehem. aku memang protective dengan diri sendiri.

*
*
*

aku dah tau nape ada orang tak suka buat physiotherapy. leceh, penat, sakit. Aku dah lama sangat tak buat benda sakit nih. especially yang berguling atas padang, weh tu tak sakit pown.

*
*
*

bercambah

bergabung!

gambar raya. takde gambar aku pun sini, santau la mana-mana yang kau suka. hahahaXD

*
*
*

saje update jugak walau mengarut nya lebih dari faedah. untuk mengelakkan orang asek tanya "hanin napa tak apdet blog?" rindu le tu~ takpe yang ni I tak tampar pakai kaki

hahahaha

Friday, June 3, 2011

E.S.O.K.

Esok ambil cuti. yahoo..bos bagi cuti! sayang bos.

Esok pergi Tumpat.

Esok kawan kelas aku kahwin dekat Kote Bbaghu.

Esok punya esok kite balik Ganu.

Esok Am Raja Lawak kahwin. hahaha takda kaitan pun. Tapi ada invitation card dekat dindeng ofis, aku baca jerr..


esok ...
esok ...
esok ...


adakah kita masih hidup?


ini bukan JUVANA. Zahiril Adzim pun bukan.

Friday, February 18, 2011

omputeh cakap, 'date' tapi 'dates' tu kurma

Baru sikit cuit-cuit ikan, dah hanyir tangan. Itu lumrah ikan, duduk lama dalam peti sejuk yang ada pembasmi kuman pun tak hilang hanyir. entah sejak bila pembasmi kuman boleh hilangkan bau hanyir.

Semalam saya bertekak dalam mesej dengan ex-rumet saya yang paling tak comel tuh. pasal tarikh.

dia tanya, dalam bulan Islam birthday dia hari ini kah?(semalam)

saya jawab esok(hari ni), sebab 15hb rabi'ulawal tu esok.

tapi bila fikir balik, kalau saya 14 safar, dia 14 rabi'ulawal la jugak. pasal bulan safar 29 hari saja dan september ada 30 hari.

emak dia cakap, dia lahir masa bulan tengah penuh.

saya cakap, dalam surat beranak saya, polis pendaftar dah siap tulis 14 september bersamaan 14 safar.

jadi?

ikut suka engkaulah nak wish birthday dia semalam atau hari ni. yang penting, dia tetap dah 22 years OLD. ahak ahak.

hepi belated besday(semalam) lalink
gambar rompak fesbuk. tapi aku yang snap nih.time wehdah kat usim


selama mana pun kau hidup, jadilah seperti ikan, duduk dalam laut masin pun, tak masinmasin. kecuali ikan masin, sebab ada 'setan' tukang masinkan dia. ngeh2

eh, ikan saya masih dalam kuali. ikan saya sudah kembang.

Saturday, November 6, 2010

selamat hari raya 1Malaysia

Kalau Deepavali serentak dengan Hari Raya, kita panggil

DEEPARAYA


Kalau Gon'Xi Fa Chai serentak dengan Hari Raya, kita panggil

KONGSI RAYA


abis kalau Deepavali dengan Gon'Xi Fa Chai tak pernah serentak...tetap ada nama, tapi..
kita panggil apa ya? emak saya cakap...

KONGSI GELAP

;D ;D ;D gurau2 seyhh. jangan marah. Kita 1Malaysia maa~


++happy2 raya. aiduladha dah nak dekat. bukan main pulak aku :P hepp siapa belum habis exam pegi study!

Saturday, January 30, 2010

...The Chronicles of Kronik

1. hari ini bangun pagi berasa hari ku indah, dua hati menjadi satu.. err.. sebelum tidur, dua panadol sekali telan. Kalau tidak, setiap kali celik mata, dunia berputar bagai rollercoster.. walau tak pernah naik rollercoster, tetap nak sebut rollercoster. lalala~


saya mengidap migrain tegar sudah hampir 3 minggu, jadi hampir 3 minggu jugalah escape kelas pagi. waahh. ini juga boleh dijadikan alasan malas update belog. kuikuikui.


so?

so. majulah rumah sendiri untuk negara. haha. memang syiok eh rumah.


tak, bukan rumah ceritanya, kalau migrain,, jangan makan coklat-milo-oligo coco, perlu tidur secukup rasa, dalam keadaan gelap seindah gerhana bulan, jadi wahai rumet sekalian, marilah sertai kempen tidur awal saya. usah dihadap mukabook sampai pukul 3 pagi, lebih lebih lagi kalau dia bernama lindsay lohan. ><" jenuh giler ada rumet taknak tido neh. kalau stadi takpo la jugak. huhu.

dan

kaki. kisah yang tak pernah setel sejak tahun lepas. -_-" orang tua heh dia nih. naik tangga sakit, turun tangga sakit, angkat barang berat sakit, pergi camping tak sakit, giler ajaib ini kaki.

jom camping lagi hoh. >,<


2. tudung putih tudung hitam, pakgad saman RM25 kalau siswi tak pakai tudung putih atau hitam. saya ingatkan uitm telah mendapat cahaya hidayah sehingga tidak bertudung akan dikompaun, rupanya tempoh berkabung seminggu sempena kemangkatan al-sultan. ummul kitab~

Jalan-jalan cari KFC di mana-mana ceruk negeri Johor dalam tempoh seminggu ini juga perlu bertudung putih atau hitam bagi muslimah sekalian, kalau tidak akan dikompaun Rm300. saya ingatkan Johor dah jadi Johor Darul Na'im, tapi seminggu sahaja la ya. lepas ini tukar balik jadi Johor Darul Ta'zim. :P

Bukan al-Marhum al-Sultan yang perlu dipersalahkan dalam kasus ini, dan saya jugak tidak berniat untuk menghina diraja Johor. Tapi..agak-agak la wehh, semata-mata berkabung sahaja sampai kes saman menyaman. Saya tahu rakyat Johor memang kaya raya. hehe. tapi kalau al-kisah syariat kenapa tak ditegakkan? selama ni tak ada pun orang tak pakai tudung kena saman mensaman. ><"

ahh jawapan senang...

"pejabat polis tengah cari duit lebih."


3. lagi dua minggu cuti midterm berlaku. ingat baik-baik tarikh ini wahai fathinah. haha. tapi, hari ini saya pulang ke rumah. sepatutnya keadaan ini tak perlu berlaku, sebab membazir duit dan masa kalau aku balik selalu neh. tapi... ada al-kisah mendirikan rumah...tangga, jadi saya perlu pulang weekend ni.

haa?

ha'ah