Chakpong FC

Saturday, October 8, 2011

Hanya Kerana Separuh Cawan Air, Anda Dicop Sebagai Sahabat Syaitan!

Well..sekarang aku penghuni tetap rumah. Atau nama lainya MakGuard. Selain itu, jadi bibik. kemas rumah, sapu rumah, adik tukang sepah, hish.

Apa, Jengka? Jengka tu apa? HAHAHA *keji

Dan..kebisaannya, bila ada tetamu datang mengundang, aku juga adalah tukang bancuh air. Orang cakap, anak dara kalau bancuh air, sedap! Maka aku pun buat. Entah siapa 'orang' tu agaknya. Aku bancuh 3 in 1, memanglah sedap. LOL.

aku jarang kecewa bila tetamu pulang, yeah..aku tengok air dah luak. suka yo! Masa ni perasan sendiri dalam hati "Alhamdulillah..orang dapat minum air aku buat, bertambah pahala hari ni" perasan je konon-kononnya. Padahal Allah yang kira, bukan kita. Tak..., baik sangka sama Allah tak salah kan? :)

Tapi yang TAK BEST nya, bila tetamu hanya minum separuh cawan.


Aku lagi suka kalau dia tak minum langsung.

Kenapa?

Dengar sini kakak nak cakap sama adik-adik, kau tuang air penuh satu cawan, kemudian kau minum separuh cawan, tinggalkan air lagi separuh dalam cawan tadi, kemudian kau balik rumah kau, kemudian kau fikir tuan rumah nak tolong habiskan separuh sisa kau tadi, ke?

ceh. sinki yang tolong habiskan.

Itulah namanya membazir!

Dan disebabkan itu, kenapa aku lagi suka kalau tetamu tak minum, atau kalau memang dihidang dalam cawan saja, bukan jug(weh jug bahasa malaysia apa?) lebih afdal kalau minta pada tuan rumah untuk beri satu lagi cawan, buat tuang lebihan air. Atas alasan, sebab kau nak minum separuh je.

Tak perlu nak jaga hati tuan rumah konon-konon kalau tak minum, nanti tuan rumah kecik hati, maka kau pun minumlah..walau seteguk, lepas tu membazir?

Aku lagi keciikhati kalau orang tinggalkan sisa, menunjukkan bahawa "Alamak, air ni tak sedaplah, minum separuh jelah..tak sanggup nak habiskan"

Kesian orang yang bancuh air tu. Hatinya menangis bersama separuh cawan air yang disisakan. *tsk,tacing doh*


Aku tau kat rumah aku air free, tapi gula dengan bahan, plus elektrik buat panaskan air tu tak free. Minumlah sampai habis. Janganlah kerana separuh cawan air, anda dicop sebagai SAHABAT SYAITAN.


"Sesungguhnya orang-orang yang membazir itu adalah saudara-saudara Syaitan, sedang Syaitan itu pula adalah makhluk Yang sangat kufur kepada Tuhannya." Al-Israa':27 
"tengok macam atuk, menikmati secawan air siap cicah ceklet lagi tau~"




Teringat episod LAUKANA BAINANA, di mana, pelanggan restoran yang tidak menghabiskan sisa makanan di dalam pinggan, akan di charge di dalam bil sebanyak mana kuantiti sisa yang ditinggalkan. Lepastu bila pelanggan dah mengamuk sebab extra charge, tiba-tiba datang pengacara tanya, "Andai Rasulullah s.a.w bersama kita hari ini, adakah baginda akan habiskan sisa makanan di dalam pinggannya?"

Pelanggan terkedu. Aku gelak yohoho!


++ Google Translate tolong translatekan 'JUG' , Bahasa Melayu 'JAG'. =_=' ok fine fine.

8 comments:

Nadia Havez said...

tapi kalau dah rasa, memang tak boleh nak telan, macam mana.. sob sob sob...

Anonymous said...

@nadia havez...tuang dlm pasu bunga...mcm budak dlm iklan astro tutor versi english yg xmau minum sup yg mak die buat...ngehehehe ;)

reza al-razi said...

benda yg nampak remeh tpi sgt perlu diambil berat.. klo ikutkan, bnyak sgt benda yg dah kita bazirkan spanjang hidup ini...

nur hidayah said...

ohoh...blog anda berwajah baru..xsia2 la dok rumah :P

aNdi.Hanin::حنين said...

@nadia havez

kalau konfiden air tu tak memudaratkan, pegi recall balik ayat pengacara laukana bainana :D

aNdi.Hanin::حنين said...

@anon

buat kat rumah hang ja..

aNdi.Hanin::حنين said...

@reza al-razi

bazir masa paling banyak.kankan

aNdi.Hanin::حنين said...

@nur hidayah

taknak bazirkan belog :P