Chakpong FC

Tuesday, October 4, 2011

Doa senjata mukmin. Hari ini PMR.

PMR dengan PMS tu bukan benda yang sama.

Hari ni Enolma rakanku, sudah tua. muhaha. Dua PULUH dua tahun ok!. I dua puluh dua BELAS.

end of story.





naaah belum lagi.

Tepat jam 8 pagi hari ni, adik lelaki aku pergi bertempur di medan perang. Risau. Satu rumah risau dengan dia. sedih pilu..menyelubungi diri masing-masing...sudah sudahlah hanin.. dia nak jawab PMR je.

dia tengah study, kakak dia main game. seronok jugak buat macam ni =P

ngeh ngeh.
Selaku kakak yang BAEKHATI, aku nak mintak kau orang semua tolong doakan untuk adik aku, last chance nak tolong dia.

"Ya Alim(Maha Mengetahui), kau berilah kefahaman kepada budak ni bila dia memahami soalan"

"Ya Wahhab(Maha Memberi Kurnia) kau berilah kemudahan kepada budak ni bila dia menjawab soalan"

"Ya Muakkhir (Maha Penangguh), kalau budak ni selow sangat jawab soalan, tangguhkanlah masa sampai dia siap semua jawapan"

"Amiin..ya Samad, ya Mujib."


oh ya, nama adik aku Amin. Terima kasih bagi yang membaca doa ini. (:
Untuk adik-adik kau orang yang tengah amik PMR juga, ku doakan SELAMAT BERJAYA.

*
*
*

Imbas kembali kisah dua minggu lalu.

Result percubaan PMR dah keluar, result?

Sembilan subjek:
takde A
math D
Sains C
lain-lain C, D, C, bzzzt~

satu je B. =_="


Amiiiiin...ape nak jadi ni min, susah sangat ke nak belajar?? penat hantar sekolah, yuran mahal (private) -Nenek

Ya Allah, min...gigil lutut umi tengok result kau ni min, esok masuk vokasional jelah nak?. -Umi

Hesh, tak taulah nak cakap apa -Ayah

dan lain-lain: Banyak sangat dialog aku tak ingat dah.haha


kesian, kena kutuk, kena bebel..bla bla bla and bla.
tapi,


Aku: Bro, aku dulu pun dapat math D masa trial PMR (kantoi.hahaha) tapi bezanya dengan kau, aku tak bagitahu kat sapa-sapa pun, sampai result PMR keluar.

Dia: Huh? yeke?

Aku: haa tak caye kan, PMR math aku dapat A. banyak pulak A aku. Muhahaha *gelak belagak* ..Sebelum trial memang tak study pun. Lagi sebulan nak exam, pulun la habis-habis. (sila jangan tiru aksi ini)

Dalam sebulan ni aku nampak dia study gila-gila. Nampaknya dia sangat termotivate dengan ayat aku. Yelah, sebab dalam dialog dengan dia, aku lupa nak cakap "sila jangan tiru aksi ini"


saya dan dia memiliki 1 persamaan -Smart but lazy (said by the lecturer =_=")


Oklah, budak yang trial PMR matematik dapat D ni, sekarang tengah berada dalam jurusan matematik. Aku harap aku tak menghancurkan umat dengan math yang aku belajar sekarang ni.HAHAHA.


AH. sebok cerita orang nak PMR, aku nak study PIZIK. wassalam.

2 comments:

ChocStrawberries said...

Anak buah saya pon sme amik pmr.. nampak rileks jer die mlm2.. blik sek tnye ok tak jwb.. blh jwb snng jer soalan.. lagi risau dibuatnya.. die ok jer.. moga die , adik awak n semua yang mngambil pMR dpt result cemerlang.. amin...

aNdi.Hanin::حنين said...

InsyaAllah..amiin..gudluck 2 yr anak buah :)