Sebulan lepas, saya ada menonton sebuah drama masyarakat. Dah nama pun drama, memanglah dramatik. Penonton juga berkelakuan dramatik juga sehingga tidak terlintas langsung untuk menekan button 'info' supaya mengambil tahu nama drama tersebut. Sesungguhnya hanya yang aku perasan, ini channel FOX.
nama watak utama pun tak ingat. muhaha!.
Tapi nak cerita jugak. =="
Baiklah, kita namakan saja watak utama ini dengan nama Susan. Susan adalah pegawai tinggi di syarikat agen hartanah. Tidak dapat disahkan apa jawatan sebenar Susan, samada CEO atau apa sajalah jawatan tinggi you name it, sebab aku pun dramatik* sangat nak tau jalan cerita, aku dah tak kisah benda remeh temeh ni. tsk.
*ini dramatik ke eksited? hoyeh
Ok, kita fast forward kan kisah Susan, sehingga beliau bertemu dengan
psikiatrisnya, Puan Megan(nama samaran - padahal tak ingat jugak nama dia nih =P) Susan memulakan kisah skandalnya dengan Peter Rabbit(obviously ini juga nama samaran. Fine, lepas ni apa-apa nama pun samaran jugak, sebab aku langsung tak ingat nama watak-watak dalam cerita ni. deal? haha) Keskandalan ini telah membawa penyesalan kepada Susan, kerana dia telah mengkhianati suaminya Jimmy(jangan buat2 tanya mana aku jumpa nama ni.huh)
Susan telah bersuamikan Jimmy dan mempunyai seorang anak. Mengenai kisah Jimmy pula, Susan memberitahu Megan bahawa dia mengesyakki Jimmy juga mempunyai skandal. wahwah. Ini kerana berdasarkan wajah wanita yang sama tertera di setiap latar belakang gambar Jimmy dengan anakknya.
Demi menyembunyikan tembelangnya bersama Peter Rabbit, walaupun ia telah berakhir, Susan sedikitpun tidak mengusulkan perbuatan ini terhadap Jimmy. Sebaliknya dia membuat perancangan sendiri.
Setelah beberapa lama mengekori skandal suaminya, Sara, sehinggalah menyebabkan dirinya mendaftarkan diri ke kelas yoga, di mana jurulatihnya adalah Sara!
Disertakan babak dimana Susan mula menegur Sara seperti guru dengan pelajar selepas kelas yoga. Berbual perkara-perkara biasa hal kewanitaan. well.. Sehinggalah ketika di dalam lift, lift ini bukanlah lift canggih, sekadar berpintukan grill besi sahaja. Ketika di dalam lift, Susan membentak dan mengugut Sara supaya menjauhkan diri dari suaminya Jimmy. Seperti kebanyakkan mana-mana kisah pun, skandal mana nak mengaku ada affair dengan laki orang beb. Sara berusaha menafikan tuduhan Susan, dan menyatakan tidak mengenali langsung suami Susan. Ketika pergaduhan, entah di mana silap Sara, tali beg atau tali apa entah yang disangkut di lehernya telah tersangkut di bahagian luar lift yang berpintukan grill besi, dan membawa kepada penjerutan di leher Sara. Sepatutnya dalam kejadian ini, Susan boleh menekan butang 'stop' untuk menyelamatkan Sara. Namun Susan hanya melihat Sara terkapai-kapai dengan kakinya juga sudah tidak menginjak lantai, dan akhirnya membawa kepada maut!
Susan puas. Kematian Sara menganggap masalahnya telah berakhir. Susan memberitahu kepada Megan, bahawa masalahnya telah selesai, tanpa
menceritakan bagaimana ia berakhir.
Hal ini menimbulkan syak wasangka Megan terhadap Susan, dan membawa kepada kepada usaha Megan untuk menyiasat dan mengekori Susan. Juga setelah Susan berkeras menyatakan bahawa dia tidak memerlukan khidmat nasihat Megan.
Disertakan babak dimana Susan disoal siasat sebagai potential suspect kerana direkodkan turut berada di tempat kejadian kematian Sara, Susan terlepas sebagai suspect.
Kehidupan Susan bersama suami dan anaknya adalah normal. Tetapi Susan sedikit terkilan apabila dia melihat Jimmy kemurungan beberapa hari (selepas kematian Sara) tanpa diberitahu sebab musabab. Macam biasalah, skandal dah mati, mestilah depressed. Itulah yang difikir Susan.
Walaupun hubungan Susan bersama Peter Rabbit telah berakhir, namun sejak kematian Sara, Susan kelihatan lebih selesa menghubungi Peter Rabbit. Di mana babak mereka hang-out sehingga ke sebuah kedai, hampir saja terkantoi dengan Jimmy dan anaknya yang sedang membeli-belah. Peter Rabbit juga mengetahui bahawa Susan adalah isteri orang..tapi entah, janganlah kau tanya aku kenapa dia berminat dengan isteri orang. huhu.
okay.skip banyak babak. sebab engkorang pun letih nak baca. Aku tak letih pun nak menaip *taknakngaku
..dan penyiasatan Megan terhadap diri Susan, telah membongkar sebuah fakta yang sangat mengejutkan!
jengjengjeng...~!
Megan mendapati bahawa, Susan hidup bujang, tidak mempunyai anak dan tidak pernah berkahwin
o_O
surprise??
Bagaimana ini boleh berlaku? ini kaki tengok DVD ni
Nope, bukan DVD, tapi kepercayaan.
Susan percaya bahawa dia telah berkahwin dengan Jimmy dan mempunyai seorang anak. Kepercayaan inilah yang dihebohkan kepada orang sekelilingnya, sahabat, rakan pejabat, psikiatrisnya ofkos! dan termasuklah skandalnya sendiri, Peter Rabbit.
Bagaimana ia bermula? Kerjaya sebagai pegawai agen hartanah membuka ruang kepada Susan untuk melawat ke mana-mana tapak hartanah atau rumah pelanggan mereka, seterusnya membawa Susan ke rumah Jimmy, dimana, Jimmy bakal menjualkan rumah yang didudukinya. Ketika berada di rumah Jimmy, Susan sempat melihat gambar-gambar Jimmy bersama anaknya, dan dimana terdapat juga wajah Sara disetiap gambar-gambar tersebut. seperti yang telah disebutkan diatas. Yaa...blablabla, akhirnya pengarah filem telah membuktikan bahawa Sara adalah isteri Jimmy!
Babak-babak yang ditonjolkan mengenai perkaitan Susan dan Jimmy berkeluarga, sebenarnya adalah hasil imaginasi Susan dek kerana teradmire dengan kehidupan Jimmy. Hasil imaginasi Susan inilah yang menimbulkan kepercayaan bahawa dirinya adalah isteri Jimmy, manakala Sara adalah orang ketiga.
Susan telah mendapati bahawa Megan mengekorinya, dan mengetahui kisah sebenar kehidupannya. Pengakhiran cerita ini, Susan membunuh Megan bagi menutup kes yang telah berlaku. *Tragisgila. Sekali lagi dia terlepas daripada dijadikan suspek pembunuhan.
Susan kembali kepada kehidupan asalnya. Berhubung dengan Peter Rabbit seperti biasa. Menyatakan bahawa dia berpisah dengan Jimmy. Menjalani tugas dipejabat dengan jayanya. Everything looked fine. ;) and she looked normal as well.
*
*
*
Walaupun ini bukanlah kisah benar, tetapi, betapa kita boleh lihat, ada orang disekeliling kita yang gemar menimbulkan pelbagai kepercayaan. Tanpa kita sedari juga, kepercayaan ini adalah hasil dari jiwa-jiwa yang sakit atau lebih mudah, GILA.
sedikit selingan cerita di hospital bahagia
situasi: seorang doktor melihat pesakitnya menyanyi sambil berbaring. namun tidak diendahkannya dan berlalu pergi.
kali kedua doktor tersebut melalui tempat pesakit tadi, kali ini dia melihat pesakitnya menyanyi sambil meniarap pula.
Doktor: Aik, tadi baring, ni meniarap pula?
Pesakit: Ye doktor, tadi side A, ni side B pulak.
Bahaha. Lihat bagaimana pesakit ini mempercayai bahawa dirinya adalah sebuah kaset radio. Demikian juga kepercayaan Kak Limah bahawa dirinya adalah seekor hantu. Ini adalah kepercayaan orang-orang gila dan diakui gila oleh doktor.
*
*
*
Bagaimana pula kepercayaan orang yang kelihatan normal, tapi hakikatnya sakit jiwa?
Seperti kes Susan, ya, kepercayaan seperti inilah menyebabkan Peguam Negara bertindak memfailkan rayuan terhadap kes liwat. Kepercayaan ini jugalah yang menyebabkan terbitnya 'tweet' yang menyatakan "terlepas hukuman dunia, belum tentu di akhirat"
berlangsungnya..kepercayaan demi kepercayaan.
walau bukti tak sepadan dengan tuduhan,
dia percaya bahawa dia telah diliwat.
++siapa setuju, pegang mouse


6 comments:
Setuju!!!
Tp aku tgh reading dlm blk gelap sorg3. Seram do tgk muka kak limaaaahhhhhhhh....
Setuju!!!
Tp aku tgh reading dlm blk gelap sorg3. Seram do tgk muka kak limaaaahhhhhhhh....
Ahak3 kesian skt jiwa rupanya
@-sha- @nur hidayah
kalau korang nampak aku berperangai aneh tu tolong check sikit jiwa aku nih.haha.
well, dunia makin tua, penyakit manusia pun makin aneh2 ja
uiii.. macam best jaa movie tuh.. kalau ingat tajuk. kasi tau. :D
@.::annemishi::.
bukan tak ingat, tapi memang tak tau. ahaks.
kot2 la ada ulang tayangan, nanti aku kasi tau.
Post a Comment