Chakpong FC

Friday, September 21, 2012

kau yang terindah, pressure cooker.

tajuk mesti perrgh perrgh.

awal sem begini entri haruslah calm down, akibat daripada tidaklah terlalu stress. Jadi, jika menjumpai mana-mana entri yang kelihatan tidak calm down, membuat readers pun jadi tidak calm down, maka itu penanda aras tekanan maha hebat yang sedang dihadapi oleh penulis belog ini. *ulang siaran TEKANAN

Dulu-dulu, zaman kecil-kecil cili padi, saya dikenangkan dengan kisah-kisah para ilmuan Islam yang belajar sains pun teror agama, belajar agama pun teror hafal semua hadis dan 30 juzuk. Saya macam termimpi kalau jadi budak universiti nanti mesti dah habis hafaz 30 juzuk. wuh! lagi... universiti tu macam taman-taman syurga. aiwah! bukankah taman-taman ilmu itu menyerupai taman-taman syurga? (betulkan kalau salah) Menimba ilmu di dalam perigi seumpama bersuka ria bermain layang-layang bersama adik-adik kecil. Berlari-lari mengejar guru tercinta, meminta barokah ilmu. Berdiskusi dengan bijak sesama rakan sebaya. Oh indah~


Sekarang, saya budak univerisiti tahun tuuuut
sekarang baru betul-betul terfikir, kita pelajar universiti, sebenarnya bukan duduk dalam universiti pun.

tapi
kita adalah katak-katak yang terbahagi kepada dua jenis.

katak jenis pertama:

dicampak masuk hidup-hidup ke dalam periuk kosong yang tengah panas. dengan pantas, katak itu segera melompat keluar dari periuk

katak jenis kedua:

dimasukkan ke dalam periuk, yang sejuk, perlahan-lahan periuk itu dipanaskan. Guess what? katak itu takkan melompat keluar dari periuk, kerana memang sifat katak boleh adapt dengan suhu persekitaran.

Disini saya ingin menegaskan, saya tabik kalau ada rakan-rakan yang boleh jadi katak jenis kedua!

katak. adalah makhluk Tuhan yang boleh buat aku menjerit panggil bapa tolong buangkan ia dengan kadar segera. "Dalam kasut sendiri pun nak suruh ayah buangkan" kata bapa aku dengan wajah tension LOL


Tidak tahulah bagaimana fakulti anda, tetapi dengan ikhlas dan relahati saya nyatakan, pelan perancangan pembelajaran fakulti saya agak menggila baru-baru ni. (ya, baru-baru ni je)

dengan 7 subjek setiap sem, kelas dari pagi sampai petang, campur lab blablabla. setiap kali pulang ke Gangnam, eh kediaman, masing-masing takkan sempat nak mengadap notes, sebab assignment yang tidak dikumpul sikit-sikit, lama-lama jadi bukit, tapi sebab hari-hari lecturer bagi assignment. Nak study untuk test dan quiz yang, gila hampir setiap hari, ya, saya pernah ada test berturut-turut 5 hari+3 assignments perlu dihantar dalam minggu yang sama. Bertambah pula para pensyarah tidak pernah terfikir keazaban pelajar(mungkin terfikir tapi terpaksa abaikan?), bagi soalan test semua chapter nak cover, bagi quiz sampai sejam tah nak suruh aku jawab apa? Pengakhirannya, kami belajar sebab nak exam =.= ini gila saya kata

Niat asal kami untuk belajar di universiti untuk menambah ilmu di dada, bukannya nak dapat CGPA tinggi sambil mendabik dada

tak boleh kah bagi satu atau dua assignment yang boleh cover 3 ke 4 subjek sekaligus? Quiz 10minit lepas lecture? Test satu jam, dengan 2 soalan simple sudahlah. Yelah, aku demand lebih kan. tapi lecturer pun senang hati tengok markah kami kan? Tiadalah student sakit jiwa nak jawab soalan, lecturer sakit jiwa tengok markah kami, masyarakat sekeliling sakit hati asyik tanya bila ranking universiti nak naik diperingkat dunia?

kalau kau expect orang gila macam kami boleh naikkan ranking universiti ke mata dunia, aku bagi kau tanya soalan tu lagi sekali.

mengapakah saya rasa entri ini macam tidak calm down? macam ada aura-aura nak mengamok saja.hahaha *gelak palsu

Impian saya tak tinggi mana pun, cukuplah kalau dapat menimba ilmu sambil relex-relex takda sapa paksa, hari-hari berlalu indah, sambil tercium ilmu disekeliling saya seperti harumnya bau kasturi aww

so,
kalau ke universiti hanya menambah pressure dalam kepala, sebenarnya universiti adalah sejenis pressure cooker ;)


Oh ya, katak jenis kedua tadi, sebenarnya dia akan adapt dengan suhu persekitaran di mana dia akan beransur-ansur memanaskan badanya mengikut suhu periuk, sehinggalah dia sendiri mati akhirnya. wahaha. kau nak ke katak tu? amiklah buat steambot masak dalam pressure cooker kau.bai



***

dunia ini bukanlah tempat beristirahat atau berelex-relex, nak relex sangat nanti tunggu bila dapat duduk dalam syurga (hakak naqibah, 2012)

***


#dengan cara pembelajaran segila ini, aku suspek pihak universiti tipu MQA :P

1 comment:

reza al-razi said...

Entry anda kali ini sperti kelihatan agak stress.. Oh, sy juga stress membacanya..