Chakpong FC

Showing posts with label campusLife.. Show all posts
Showing posts with label campusLife.. Show all posts

Friday, September 21, 2012

kau yang terindah, pressure cooker.

tajuk mesti perrgh perrgh.

awal sem begini entri haruslah calm down, akibat daripada tidaklah terlalu stress. Jadi, jika menjumpai mana-mana entri yang kelihatan tidak calm down, membuat readers pun jadi tidak calm down, maka itu penanda aras tekanan maha hebat yang sedang dihadapi oleh penulis belog ini. *ulang siaran TEKANAN

Dulu-dulu, zaman kecil-kecil cili padi, saya dikenangkan dengan kisah-kisah para ilmuan Islam yang belajar sains pun teror agama, belajar agama pun teror hafal semua hadis dan 30 juzuk. Saya macam termimpi kalau jadi budak universiti nanti mesti dah habis hafaz 30 juzuk. wuh! lagi... universiti tu macam taman-taman syurga. aiwah! bukankah taman-taman ilmu itu menyerupai taman-taman syurga? (betulkan kalau salah) Menimba ilmu di dalam perigi seumpama bersuka ria bermain layang-layang bersama adik-adik kecil. Berlari-lari mengejar guru tercinta, meminta barokah ilmu. Berdiskusi dengan bijak sesama rakan sebaya. Oh indah~


Sekarang, saya budak univerisiti tahun tuuuut
sekarang baru betul-betul terfikir, kita pelajar universiti, sebenarnya bukan duduk dalam universiti pun.

tapi
kita adalah katak-katak yang terbahagi kepada dua jenis.

katak jenis pertama:

dicampak masuk hidup-hidup ke dalam periuk kosong yang tengah panas. dengan pantas, katak itu segera melompat keluar dari periuk

katak jenis kedua:

dimasukkan ke dalam periuk, yang sejuk, perlahan-lahan periuk itu dipanaskan. Guess what? katak itu takkan melompat keluar dari periuk, kerana memang sifat katak boleh adapt dengan suhu persekitaran.

Disini saya ingin menegaskan, saya tabik kalau ada rakan-rakan yang boleh jadi katak jenis kedua!

katak. adalah makhluk Tuhan yang boleh buat aku menjerit panggil bapa tolong buangkan ia dengan kadar segera. "Dalam kasut sendiri pun nak suruh ayah buangkan" kata bapa aku dengan wajah tension LOL


Tidak tahulah bagaimana fakulti anda, tetapi dengan ikhlas dan relahati saya nyatakan, pelan perancangan pembelajaran fakulti saya agak menggila baru-baru ni. (ya, baru-baru ni je)

dengan 7 subjek setiap sem, kelas dari pagi sampai petang, campur lab blablabla. setiap kali pulang ke Gangnam, eh kediaman, masing-masing takkan sempat nak mengadap notes, sebab assignment yang tidak dikumpul sikit-sikit, lama-lama jadi bukit, tapi sebab hari-hari lecturer bagi assignment. Nak study untuk test dan quiz yang, gila hampir setiap hari, ya, saya pernah ada test berturut-turut 5 hari+3 assignments perlu dihantar dalam minggu yang sama. Bertambah pula para pensyarah tidak pernah terfikir keazaban pelajar(mungkin terfikir tapi terpaksa abaikan?), bagi soalan test semua chapter nak cover, bagi quiz sampai sejam tah nak suruh aku jawab apa? Pengakhirannya, kami belajar sebab nak exam =.= ini gila saya kata

Niat asal kami untuk belajar di universiti untuk menambah ilmu di dada, bukannya nak dapat CGPA tinggi sambil mendabik dada

tak boleh kah bagi satu atau dua assignment yang boleh cover 3 ke 4 subjek sekaligus? Quiz 10minit lepas lecture? Test satu jam, dengan 2 soalan simple sudahlah. Yelah, aku demand lebih kan. tapi lecturer pun senang hati tengok markah kami kan? Tiadalah student sakit jiwa nak jawab soalan, lecturer sakit jiwa tengok markah kami, masyarakat sekeliling sakit hati asyik tanya bila ranking universiti nak naik diperingkat dunia?

kalau kau expect orang gila macam kami boleh naikkan ranking universiti ke mata dunia, aku bagi kau tanya soalan tu lagi sekali.

mengapakah saya rasa entri ini macam tidak calm down? macam ada aura-aura nak mengamok saja.hahaha *gelak palsu

Impian saya tak tinggi mana pun, cukuplah kalau dapat menimba ilmu sambil relex-relex takda sapa paksa, hari-hari berlalu indah, sambil tercium ilmu disekeliling saya seperti harumnya bau kasturi aww

so,
kalau ke universiti hanya menambah pressure dalam kepala, sebenarnya universiti adalah sejenis pressure cooker ;)


Oh ya, katak jenis kedua tadi, sebenarnya dia akan adapt dengan suhu persekitaran di mana dia akan beransur-ansur memanaskan badanya mengikut suhu periuk, sehinggalah dia sendiri mati akhirnya. wahaha. kau nak ke katak tu? amiklah buat steambot masak dalam pressure cooker kau.bai



***

dunia ini bukanlah tempat beristirahat atau berelex-relex, nak relex sangat nanti tunggu bila dapat duduk dalam syurga (hakak naqibah, 2012)

***


#dengan cara pembelajaran segila ini, aku suspek pihak universiti tipu MQA :P

Thursday, May 19, 2011

terasa lucky walaupun terlambat keretapi

DATC* dihatiku


*Dewan Agong Tuanku Canselor
*batch pertama yang mengadakan sesi rakaman membaling mortar board dalam DATC


yes, i'm always lucky.
haha

*
*
*

Tanggal 18Mei2011, persidangan ke-8 istiadat konvo bersidang. Jam 12.30 sudah dipanggil masuk dewan, jam 2.00 baru pensyarah dan pro-cans masuk =_= so siapa-siapa yang rasa nak konvo sidang petang, next sem, sila makan tengahari seawal jam 10am ok.

Jam 4.00 baru nama aku dipanggil wohoooo. bukan takat kebas, rasa macam nak naik kematu montot dah. hahahaha.

Untuk ini, saya memang lucky lagi, terima kasih dekat orang belakang yang sentiasa buat lawak boleh blah sepanjang sesi konvo berlangsung. hahah. kalau tak.....kalau tak, apa yeah? posisi kerusi aku betul-betul kat tengah-tengah alam, paling depan, mengadap muka pro-canselor, jangankan tidur, nak menguap pun asek kaber line..sebab muka asek masuk camera. uhukk.

habis tu, kau gelak ketawa tu tak masuk camera kah?

err sekurang-kurangnya bukan muka tidur yang masuk camera kan... :P


Saya harap pro-canselor tak terasa hati, sebab budak-budak yang duduk depan beliau, sepanjang konvo asyik ketawa saja. heheheh. lepas tu siap boleh bertakbir bagai. ada orang tak sabar nak pergi muktamar Pas kot. LOL

Disebabkan tiada waktu solat diperuntukkan =_=""" sekarang kita boleh lihat siapa yang tak kisah tinggalkan solat, siapa yang macam kepanasan sebab dah jam 4 petang tak solat zohor lagi.

saya tabik kat orang belakang saya, yang turun pentas, terus lari pergi surau. Thumbs UP you guys! memang belakang aku guys belaka. Tapi orang KL yang tak pergi surau pun...sampai laaa habis konvo jam 5.30petang pun..ada jugak. Baiklah, orang KL memang takyah la nak perasan boleh jama'qada' kalau setakat shah alam. hohoh. tapi walau ada kias-kias ulama, boleh jama'qada' atas sebab-sebab darurat...chopp! lepas ambil sijil, anda dibenarkan ke surau. so bukan darurat la yeh :)

perhatian khas buat untuk yang bakal bersidang next sem (:

yang perempuan pulak tiba-tiba darurat sengaja, sebab nak jaga make-up. tak baik la awakk.. Allah bagi muka dah cukup sifat, awak pergi make-up lepas tu sengaja taknak solat.

tapi untuk saya, kali ni, rasa lucky lagi sekali. sebab saya memang takyah pergi surau, walaupun rumah berjiran dengan DATC. :P Tercepat keretapi namanya. kalau tak paham, sila abaikan. ohoh

usrah notes: lucky = murah rezeki.


++nampak apa-apa tak kat batu, dalam gambar tuh?

Tuesday, March 22, 2011

bila dah darurat, kita akan kreatif

Masa zaman bujang dulu. aik,sekarang tak bujang ke? zaman duduk rumah sewa ramai-ramai, ahh lima orang je. memang rumah tu kosong peratus, hape pun takde. maksudnya, takda perabot yaa.

sampailah suatu ketika, nak potong cili, nasib baik ada pisau yek, kalau tak potong pakai gigi je nih. tetibe pisau buat hal. langsung tak lut. masa tu gera
m Tuhan jela yang tahu. haku dah lapo ni memacam pulak perangai pisau nih. haiz.

pengasah pisau memang takda, batu tumbuk? aihh..lagi takda.

tetibe ting! mentol nyala

terbalikkan mug, asah pisau kat bontot mug. wuuu.. terus mengisytihar diri sebagai seorang yang kreatif tahap ketujuh terhadap housemates. ngehngeh.

nah, ni mug paling kreatif. bulan sembilan ni birthday hanin, ada sapa-sapa nak bagi hadiah mug nih? haha. more cooooool mugs at Toxel.com

*****

Kalau duduk kolej kediaman, kau memang selalu akan ada stock biskut dan segala jenis jajan. ini semua buat stock ketika kelaparaan. tapi benda yang selalu jadi, biskut tu lemau tak pasal-pasal. Di saat ini, saya tak galakkan anda menyumpah roommate sebab dia lupa nak tutup tin biskut rapat-rapat. jangan ye, tak baek :P

yang anda perlu lakukan ialah.. simpan balik biskut tadi dalam tin. kemudian jemur dibawah matahari.suhu kepanasan haruslah melebihi suhu bilik. letak selama sehari (bergantung kepada suhu)

lepas sehari nanti biskut kembali comel :) boleh makan.

tapi bila aku tulis 'selama sehari' tadi, aku pun rasa nak sumpah roommate jugak =_= nak makan biskut pun kena tunggu sehari sebab dia punya pasal.

kalau takde tin?
ah, kau jemur je biskut tu macam orang jemur ikan masin. setel

kalau kat rumah mak ayah, takyah lah masuk dalam tin jugak, masuk dan panaskan dalam oven. kemudian makan dengan hati gumbira sebab takyah tunggu sampai sehari.

*****

Satu ketika, bilik di kolej kediaman dipenuhi dengan coklat hadiah rakan, dan hadiah dari diri sendiri. dah banyak-banyak camtu, selalunya tak akan habis dalam masa sehari.

jalan terbaik nak elakkan dari mencair, kami masukkan di dalam laci meja. oh boleh gak ek? nak coklat tu keras gila macam letak dalam fridge memang tak laa..but atleast tak cair.

dan ini juga bergantung kepada tahap suhu bilik dan persekitaran. Kalau UiTM segamat MEMANG boleh.

oh kalau nak tau meja anda bertaraf fridge atau tak, cubalah sekarang. ;)

*****

orang dulu-dulu darurat takda beras, makan ubi kayu. di kira kreatif jugak tuh.


Tuesday, January 4, 2011

Intake IPT bulan September

Banyak kali dah dengar orang cakap, intake bulan Jun untuk IPT, di anjakkan ke bulan September.

"itu rumours je" kawan kawan aku kata

tapi tadi di berita jam 8 tivi 3, aku rasa aku memang tak salah dengar

pak menteri cakap "untuk menyelaraskan dengan universiti luar negara, seluruh IPT malaysia juga akan bermula bulan 9"

woa!! bak kata Irah Hajerah, "kalau kawen, sempat kau pregnent" XD


"dijadualkan kelas akan bermula lepas raya Aidilfitri"

9 bulan aku berjimba-jimba neh. nak ekot koda pergi Syria la camneh..nanti buleh jadi ostajah Bahasa Arab. haha

yang tak bestnye...cuti dah tak sama dengan budak sekolah. dah tak boleh ajar adik-adik ngaji masa cuti sem. cehh..selama ni manada aku ngajar ngaji, ngajar buli ada laa.hohoh

Sunday, December 19, 2010

a malay dilemma

tajuk mesti power.

tapi itu hakikat sekarang, saya seorang wanita berbangsa melayu, sedang dilemma nak dudok dalam hutan lagikk =_=

sebenarnya itu takda masalah, sebab rumah ibu bapa sendiri sememangnya di dalam hutan. hehe. Segamat itu juga sudah dikira kampus dalam hutan.


cuma sekarang, semua orang nak bebel bebel
"apsal jauh kebeno ekau dapek?"

jauh ek JENGKA tu?

terlalu banyak 'alien-alien' dalam badan. tak tahu harus pergi atau tak. berapa kali dah ni buat istikharah. hukhuk

oh alien. haruslah anda menyembuh dengan segera.

bagi pembaca-pembaca/rakan teladan yang akan cakap "kalau macam tu, pergi mintak tukar shah alam cepat2"

ini jawapannya: sem ni, Shah alam takda intake batch aku(part 3 berwajah part 2) untuk cs227. batch ex-rumet ade pulak T_T(untuk part 1 sahaja) .Makanya, banyak mana pun alien dalam badan kau, uitm tetap akan cakap "pergi jadi orang utan pergi dudok Jengka sana!!'



++rasa berat hati pulak nak tukar kerakyatan Johor kepada rakyat Pahang. =,= ini namenye mengade-ngade sambil takda kaitan.

+ saya perlu tuan penasihat 25%, sila tinggalkan dikotak komen rider

Thursday, October 14, 2010

the last class in UiTM SegarAmat

*GUWA TACING NIH*


petang semalam kelas (QMT335) terakhir disini. adess serius 'terasa' je

and tadi, test terakhir.(335 jugek)... lagi triple 'terasa'

*bajet mcm dah abes final exam pulakk* haha

lepas ni nak menyiapkan assignment terakhir.

dan insyaAllah kali terakhir mewakilkan segamat ahad
ni. *JB YUBIDU~*

playground depan rumah. hohoh

buat tatapan rakan2 ex-segamat. cewah

*wajib berniqob di belog saya*


Friday, June 11, 2010

just say it

Alhamdulillah :)

macam biasalah..orang akan aneh dengan budak neh, result cerah kah mendungkah hujan, dia happy saja.

bukan saya takda perasaan.

cuma
perasaan saya...cukup syukur untuk Allah.

result-yang-pukul-rata

ini rezeki, sila ambil, kalau tamaw ambil, nanti Allah bagi yang 'lain' kang. ha ha. ayokk. =P


kepada tujuh orang kelasmet yang four flat, mr spidey yang empat rata juga dan kepada rakan2 yang terrr dean list tetiba,haha, saya ucap TAHNIAH....dan ucapan special.. DUNIA BELUM BERAKHIR keh3. ada sound dengki ini olang.


i love like shahir *tetibe

Friday, April 16, 2010

Kay Bee Em. (bukan adik kakak Kay)

Tanggal 27 & 28 mac 2010 (okeh kalini tarikh da betul =P) berlangsunglah sebuah pesta...
err
pesta gelaktawa pesta air mata. haha.
now, nama dia KEM KEINDAHAN BERSAMAMU. sebentar lagi nama kem ini akan berubah mengikut situasi. ayuh gambar sekalian, paparkan KEINDAHAN BERSAMA MU~


blagak je letak 60 orang. kejab lagi kita tengok yang datang berapa orang (lagi sikit lagi bagus, sebab lagi banyak makanan extra! haha)

"ehh kat mana aku ni?"


"e'eehh, 'ramai' nye orang..."


"paklang dengan maklang pun ada sekali" (opp maklang belakang kamera.eheh)


KEM BANYAK MAIN:

oo suke engkorang ye. jage korang jap lagi.



aik fesi pun nak suke2 skali. ni takyah jaga. jaga diri sindiri



sarah.hani. and again, kak myza senyum. hahaha



apabila nikmat ditarik



tiada tangan kanan.tiada mata.tiada mulut

KEM BANYAK MENANGIS:

isk2. faez, janganla nanges =P


sobsobsob. amiin...ampunkan dosa kami sama kau, kami ampun kan jua dosa2 kau


"cutttt!!" mayat ni TERbangun pulak.


anis steady weii


ni pun anis steady lagi. yang lain sudah tumpas dengan air mata.
(mentulis segala 'lafaz yang tersimpan')


KEM BANYAK MAKAN:


anis, si ayam goreng


Kem Banyak Minum. sampai kembung perut aku heh.


haa..makan makan, kakak hanin belanje


okey.makan makan, buat macam kampus sendiri. eh eh, memang la pun


sedap kan kakak hanin cik ana masak?

KEM BANYAK FESI: erk KBF pulak ke?


kakNur.Ida.Farid(di sinun) and Fahmi


ini fesi kah makhluk ahseng?


ketua projek: Tong Sampah. eh salah, Koda. Ida. okey2

MENYERLAH JAUH DARI YANG BIASA. next sem KBM lagi ye (:

Saturday, April 10, 2010

warghh.,!! BTN lagi

Ini kali kedua saya menghadiri BTN (biro tata titi tutu~ negara) sepanjang hidup di UiTM neh,.heh.

Seperti yang semua orang jangka, BTN merupakan tempat berlakunya kerja2 membasuh otak para pelajar seperti kami, sehingga menjadi otak yang 'mulia' di mata kerajaan m _ _* *_ _ a
wahwahwah sedap ngutok nampak. lalala~

lagi2 kalau yang jenis degil macam haku, berkali-kali lah diaorang akan paksa pigi. huh.

Namun saya bersyukur, BTN kali ini dijalankan didalam masjid, walaupun ada yang tidak puas hati nampaknya, heheh. Dengan harapan tidak pudar, tiada lagi gambar2 'orang itu' atau 'orang ini' dipaparkan di slide hadapan. Tiada lagi maki hamun buat bazir masa aku, sampai boleh rasa nak jerit "woii kau nak cerita kenegaraan ke, berkempen??" itu semua tiada sudah. Biasalah, kan buat dalam masjid, kena hormat tempat mulia bukan?
Oh mungkin kerana penceramahnya adalah seorang pensyarah UiTM, maka memang bersopan itu amalan kita :) -yang dulu tuh pensyarah univ mana tah, kang kalau sebut kena saman kang. haha-

Terima kasih kepada kerajaan negeri Selangor.


eh sukahati akulah nak cakap terima kasih kat sapa pun, aku lahir dekat selangor, apahal kau?

Thursday, April 8, 2010

catatan berdarah

Walau gap paper final exam memang indah rupa seindah khabar. jangan pelik ada orang kena jawab paper final exam dahulu, baru boleh menikmati study week.




sekian, catatan berdarah sambil die empat kali. walaupun tahu, nyawa hanya ada satu, tapi tatawu kenapa boleh die banyak kali. Haha. Selamat tutupkan pagar kampus, bagi semua kosmet saye

I
LOOOOOOOOOOOOOOOOOOOVE

UITM.fighto~!
dahbetulkantarikh.heheh