Chakpong FC

Showing posts with label politik-semasa. Show all posts
Showing posts with label politik-semasa. Show all posts

Friday, May 22, 2009

... untuk kanak-kanak masa hadapan...

.
.
.
.
....bakal hafal sejarah pening mengarut zaman sekarang,
bakal muntah hijau memahami erti sebuah demokrasi

adik saya umur enam tahun bertanya, "ayah, demokrasi tu apa?"
agak-agak ayah saya akan jawab macam mana ya?

anda, ya..anda yang sedang membaca, jika di masa hadapan, anak-anak anda bertanya soalan seperti ini, agak-agak anda menjawab ia seperti Dr. atau seperti IR?

atau anda sendiri mula merapu buat formula sendiri Dr.+IR=peguam/hakim (???)

dan hari ini
ada orang melompat tinggi hingga ke langit ke-7

hensem? pelajar-sejarah-dimasa-depan, tataplah wajah Mandela 1Malaysia ni puas2.hahaha!



++ayah aku tak jawab, sebab dah tak tahu nak jawab macam mana

Thursday, May 14, 2009

saya bermimpi disiang hari

sesuai dengan tema (taman tema pun boleh)

"1Malaysia, Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan" 

mula melawat-lawat keadaan rakyat, seperti lawatan sambil belajar ke Puduraya (baca: lawatan ke putrajaya)
"wahh baiknya dia..!" *bentak monolog dalaman*

tiada bunga manggar, karpet merah dan krew tv..baik kan?

teori Ustaz kelas pengajian saya : 
Jika mahu lihat perangai sebenar seseorang, berikan dia kuasa. -abraham lincoln
namun kebiasaanya...
Penggal pertama, baik.sangat baik
Penggal kedua, buat tak taw, atau mula ketiduran
Penggal ketiga, mula buat 'perangai'


"awak...awak....
awak mula berubah jadi baik? (atau tunjuk baik)
kankan?
bila awak nak laksana hudud?"



++tapi kalau sebelum dapat kuasa, sudah buat perangai, macam mana pula ya ustaz?

Monday, May 11, 2009

entri jubli emas : merai perak. bukan emas

ini entri ke-50

dispecialkan untuk

negeri Perak "iyah..iyah.."


++yang eksyen sangat angkat kerusi keluar rumah hari tu sape suruh. Kan dah kene

Wednesday, April 8, 2009

mamulamoon

terang bulan.
ketika entri ini ditaip, bulan penuh dan terang di luar sana.

ya, bulan purnama.

atau full moon, kata adik lelaki tingkatan 1.
adik lelaki tak tahu bulan purnama, tapi tahu full moon. Salah satu contoh mangsa
kehebatan PPSMI.

anda semua, mari lihat bulan terang diluar sana, kita semua akan melihat bulan
yang sama. Jangan pertikai fakta ini, kerana anda masih dibumi.

terangkan bulan hari ini? betul tak?

dan..

cahaya bulan semakin terang cahayanya dengan cahaya yang melimpah meruah bergantang-gantang menerangi malam yang gelap

ayuh, nyanyi lagu Terang Bulan ; jangan risau, melodi masih ikut lagu Negaraku, tonjolkan sedikit semangat kenegaraan.
smile or smirk at your own risk
---
jika semalam aku terliur dengan nasi ayam pada pukul 3 pagi oleh kanda yang jauh diperantauan (uiceh~! =P) arini aku order nasik goreng daging merah(makan malam) dan mi hailam(utk 3 pagi). uish tamaknye <.<"

Tuesday, March 24, 2009

desperado

seketika di sebuah kedai
seorang lelaki berjalan penuh gaya ke kaunter pembayaran
"bang, sini ade lagi tak?" soal si lelaki

"ade..." jawab pekedai

"bagi 3 ye.."


selang beberapa minit kemudian
seorang lagi lelaki
"bang..barang ade?" sambil mengetuk2 meja kaunter

"ala dik, sori la..baru tadi habis.."bisik pekedai


anda fikir mereka siapa? di mana? jual apa?

dadah??

maaf anda salah. mereka jual Harakah.

kisah benar belaka, berlaku ketika kemuncak penafian demokrasi media cetak di zaman cheDek.

info berguna buat pak Menteri. Tahukah anda?
jika anda menutup yang 1 ni, 10 lagi menunggu dibelakang.
akhbar Siasah salah satunya. ++ belog2 yang bersepah
(agak2 ada penggantungan terhadap blog kah? -soal diri sendiri)


pabila suratkhabar kesayangan menjalani hukuman gantung.
(nasib baik bukan gantung sampai mati mandatori)
sekelumit hormat yang tinggal untuk pakLah sudah hilang
yang tinggal hanya..
bodoLAH



todaySayso : suhu badan anis Busuk kesayangan 38.8C, doakan beliau cepat sembuh.amiin.