Chakpong FC

Monday, March 29, 2010

kelebihan surah al-waaqia'ah

Bila kita letak status kat mana-mana laman web sosial sekarang, ada saja tukang reply status tersebut, walau aku tak tanya soalan pun

contoh status yang direply,
"oh migrain"

tidak beberapa lama, ada seorang hamba Allah yang berhati mulia, hantar mesej pada saya
berbunyi..

"kenapa sakit kepala? amalkan surah al-waaqi'ah ayat 19, insyaAllah sakit kepala berkurangan"

waahwaah. bagus sekali ni. baik, mari selak tafsir ayat 19 surah alWaaqi'ah

mereka tidak pening kerananya, dan tidak pula mabuk
(alWaaqi'ah, 56:19)

tips hilangkan sakit kepala:
1) sambil picit2 kepala, baca ayat ni, insyaAllah.. you'll find the waaay~ sakit kepala berkurangan
2) saya pernah terbaca, kalau Rasulullah sakit kepala, caranya ikat kepala dengan tali/kain. ikat ketat2. saya dah cuba, berkesan. sedap giler. sampai ada makcik neh nak bawak lari aku punya black belt. haha.

ok sambung story balik, sebelum itu, saya check profil tinggi penghantar mesej tersebut, ooo..tak kenal la seypa dia. ehehe, tapi yang pasti dalam friend list bliaw ada emak saya sekali. huh. sape dia neh??

saya lantas bertanya kepada ummi, emak saya jawab..

"ehh, dia add kau?" emak dah mula gelakkan saya
"ala, dia tu ustaz, muda lagi, baru 25 camtu"

eh eh, tak tanye pun umur, tetibe pulak promot umur ustaz dekat anak sendiri.haha.

*
*
*

dalam kelas statistik tempoh hari.
prof madya kelas saya memang rajin buat tazkirah. lagi2 kalau lepas azan asar.

"kalau nak murah rezeki, amalkan surah waaqi'ah" ujar bliaw.

sepanjang kelas hari itu, itu saja ayat yang saya dapat simpan dalam kepala sehingga kini, sebab, MahaSuciAllah, kepala saya berpinar-pinar. takde makne nak fokus whiteboard depan tuh.

tiba-tiba

"ok class, simpan semua notes and books. saya nak bagi kuiz"

ahh sudahhhh. -_-"

dapat soalan kuiz.
jiwa sentap.
fruuu..ape mende soalan neh.

saya dah mula baca surah waaqi'ah. sebab saya betul2 tak dapat tangkap apa yang diajar sebentar tadi. huehhueh.

lepas tu bila sampai ayat 27 saja, saya dah blur..ape lagi ek ayat no 28. lupe..hahaha.


saya buat apa yang termampu, dan yang teringat saja menurut pengajian saya dari kelas yang lepas. pakai pensel pulak tu. nampak sangat tak confident nak jawab kuiz. isk2.

saya hanya buat muka surat pertama, mukasurat ke-2 baca soalan sekali lalu je.
sudahnya, saya tinggalkan kosong! sebab kepala saya betul-betul memberat.

"ok times up,pass up your paper to your friend behind. kita check sekarang"

mula-mula saya bagi orang sebelah kanan, sebab tanak bagi pada orang-belakang. sebab? sebab orang-belakang I seorang lelaki yang I tak kenal. I segan. ngehngehngeh.

lepas menanda kertas, saya tanya orang kanan, dia cakap kertas saya dibelakang sudah. bila saya pusing belakang, ohh betul2 orang-belakang yang mark paper saya. huhu.

saya perhati saja orang-belakang sedang menanda paper saya, soalan 1 dah salah dah. soalan 2, nasib baik betul.

saya pusing balik ke hadapan, monolog hati "habis la, mau 6/20 je ni" kata-kata yang superyakin, sebab mukasurat 2 kan dah tinggal kosong. hee.

"hanin!" orang belakang memanggil

"ok thanks" jiwa bergelora je jawab kuiz macam ni.

tapi ooopp sentap kejap.

tengok markah,
"12/20. haih. mana datang banyak ni???" saya tenung markah tersebut bagai nak tembus, dan saya sendiri tak paham kenapa boleh jadi banyak tu.

saya selak mukasurat 2.

tempat jawapan yang kosong telah berjawapan, siap tulisan pensel, kemudian ada marking dengan warna merah. 2 markah + 2 markah + wah + waahh.

tanpa menyempat,
tiba-tiba kawan saya dari meja depan ambil kertas dari tangan saya dengan suprlajunye, "eh meh hantar paper, puan dah nak keluar tu"

saya yang memang kepala pusing, asek terfikir, kalau dapat ingat surah waaqi'ah tadi sampai habis, agak-agak dapat fullmarks tak?

Friday, March 26, 2010

kepada yang berkenaan

Sem ni saya baek dan terlebeh rajen. kalau dulu saya hanya baek dan rajen saje, tak terlebeh pun. Jadi kalini kalau saya terskip kelas... helehhh skip kelas lagi, kate rajen?? ..heeh bagi aku habis tulis dulu.. ya, saya akan rajen pinjam buku nota klasmet.wiii~

Jadi, mangsa kalini bernama Haryani (bukan awek laksamanasunan)


ini muka depan buku nota cik Haryani, bila terpandang saja, saya dah tersengeh sorang-sorang. eh apsal?? HAHAHAHA. entah.


selamat hari 21 kepada yang berkenaan.
dah boleh mengundi pilihanraya. nak undi UMNO ke? =P

Thursday, March 25, 2010

inilah dunia: JAGA AKHLAQMU

Kalau Allah tak hantar 'orang macam tu' dekat kita,
macam mana kita nak tau level kesabaran kita.
kan?kan??!


bulan ini bulan optimis saya. Tengok bulan depan macam mana. Semua orang sabar berhad ye. Jangan sampai saya hilang sabar. Saya warning ni.

Eh ingat saya gurau ke? ada saya gelak? takda pun.

lepas sorang....sorang.tak tau lah.

Tuesday, March 23, 2010

menyahut cabaran akemishirahata.blogspot

Salam. wahh hari ini hari thrill, sebab? sakit kepala sepanjang hari sehingga memponteng kelas sepanjang hari juga. fruuuu~ (dgn harapan mak bapak tak lalu belog aku.hoho) kedua thrill, ansda ingat swenang kwe mwenaip sambil kweluar bwensda alah ni?? (translate: anda ingat senang ke menaip sambil keluar benda alah ni??) oh, tak faham ke? sila refer sini


anyway, hari lalu, saya berjaya menyahut cabaran akemishirahata.blogspot versi banana popsicle. eheh.

Dengan bantuan beberapa orang pekerja sahabats, kami bersama-sama meminjamkan tangan masing-masing ketika jam 2 pagi, thanks to KAY and PAAN. eh, kedua-dua berbunyi ikhwah ye hanin, apsal? apsal? oh, nama asal, kausar dan farhan. eh, lelaki la jugak bunyi nye. heh, dua-dua tu perempuan sejatilah. dah, jangan biseng.

cara-cara nak buat banana popsicle atau nama glamer choc' banana, boleh di dapati di belog aimi zahirah. (wanita ini tiada kena mengena mahupun bau-bau bacang dengan aimi nazirah jiran sebelah)
cuma, sedikit beza di sini, kami tak letak shortening, sebab kakak kausar tak jumpa apa itu shortening. maafkanlah bliaw.heheh =P

tau la buruk. tapi jangan menilai sesuatu dengan rupa. (tips ini boleh diaplikasikan untuk mencari calon isteri. ehh ehh titibe pulak kan.XD)


++kakak nur, nanti boleh guna dapur, periuk, pinggan, pisau, sudu, peti sejuk, sinki, lampu, elektrik, dan air lagi ye.