Chakpong FC

Wednesday, May 5, 2010

te-tangga dan es-escalator

Rasulullah S.A.W bersabda,“....Barangsiapa yang beriman kepada Allah dan hari Akhir, maka hendaklah ia menghormati tetangganya.”

Dan di dalam riwayat lain disebutkan, “Hendaklah ia berperilaku baik terhadap tetangganya.”
(Muttafaq ’alaih).

walaupun rumah anda tiada tangga mahupun escalator, saya yakin amat anda ada jiran tetangga bukan?

'rumah dulu' jarak dengan jiran tetangga jauhjauh. senang cerita, kalau kau terpekik panggil adik kau makan pun, jiran kau takkan jerit kat kau balik.

'rumah sekarang' walaupun bukan rumah teres, tapi jaraknya dekatdekat. but i loikee. :D sebab boleh usha jiran sebelah.. eh tak tak.. sebab

bila jiran bukak lagu waliband ulang 10kali, kita boleh tumpang layan bukan sekali, malah sehingga 10kali. jimat elektrik, hiburan pun dapat. ahaks

tapi bila dapat jiran macam kat kolej kediaman, pantang lepa sikit pukul 12 tengahmalam pun dia join mengilai bersama 'mayakarin' -hutan segamat ada 'mayakarin' lu ingat guwa main2?-


ini bukan jiran, tapi sahabat tersayang :D

saya takda masalah dengan jiran, cuma...saya bosan. oh padanla entri pun bosan. ok salambaii.

Monday, May 3, 2010

ini semenanjung malaysia ke semenanjung gaza?

Ingat lagi tak, sebelum korang pegi sekolah dulu.. kalau mak tak hantar sampai sekolah, dia tetap akan hantar sampai depan pintu rumah..pastu cakap..

"hati-hati jalan ye, belajar pandai-pandai, jangan nakal-nakal.." *salam.cium tangan.cium pipi.babai*

itulah doa seorang ibu untuk anaknya setiap pagi.

*
*
*

tapi sekarang duduk kat kat kolej kediaman, takda sapa nak buat macam tu dah.. *ceh titibe sadis* tapi tak salah kalau kita doakan pula untuk roomate sendiri, setiap kali dia keluar bilik, akan cakap


"Hati-hati jalan ye... nanti kena tembak"

Thursday, April 29, 2010

Hello Pink

Hari ini Malaysia mengalami perubahan iklim. Iklim yang lebih sesuai dari iklim khatulistiwa.




KOC KTM UNTUK WANITA SAHAJA.

Tujuan koc ini memang bagus. mengelakkan dari dihimpit2 oleh kaum lelaki. Juga untuk mengelakkan sexual harrasment dari kaum lelaki. eceh! lagi? diseluk saku. eleh! kalau penyeluknya perempuan hapa jadah.

memandangkan warnanya ialah PINK, keputusan dewan senat memutuskan bahawa..

aku takkan masuk koc ni! geli kot!!

ITS TOOOOOOOOOOOOO PINK!! kah3

Iklan: lepas ni ada kuiz untuk pembaca.

Maaf bagi peminat pink sekalian alam, I ni perempuan yang geli dengan pink. tak tahu apsal. Tempoh hari kakak saya beli henset baru berkaler pink, aku dah sentak dah. nasib baik sweetpink.

Habis, kau rela ah kene himpit dengan lelaki kat koc yang tak pink tu?


Ehem, meh aku nak belagak sikit. sepanjang aku naik LRT ke ape jadahnye ke, kalau waktu kemuncak, orang cakap memang nasib tak baik. sebab berhimpit tu macam small matter je. memang nasib laa kalau kene himpit dengan lelaki. lagi ah cium sekali bau busuk diorang baru balik keje. kes3. tapi kan tapi, sepanjang pengalaman saya naik train di waktu kemuncak, saya tak ada masalah dihimpit pun. Malah mereka memberi laluan. =P Ni Princess Hanin nak lalu, tepi sikit! ...aneh bukan?

kenapa ya? takyah tanya banyak2.

jawapannya..

pada tudung saya. :P (wahahaha, kan aku nak cakap aku nak belagak)

Laluan hormat pada perempuan yang tudungnya tidak singkat, menjaga aurat. Bukankah janji Allah, menjaga orang yang menjaga dirinya hanya kerana Allah? :3 diorang pun takut nak dekat. Inilah seronoknya bercinta dengan Allah.

lalala~

tapi, kalau difikir balik, kalau sekarang ni saya memang sengaja naik train tidak pink di waktu-waktu kemuncak, ini namanya tawakal takda usaha. pehhh.

jadi, dewan senat mungkin akan bersidang semula =_=


okeh, soalan kuiz hari ini:

HAIWAN APAKAH BERWARNA PINK?

takyah jawab, aku jawabkan...



Hello OINK! OINK! hahahahahahmaaftiba-tibabertandukpulakhanin

eh tolong ah, next time kalau ada bas/LRT/Monorail/teksi/flight yang kewanitaan, tolong ah jangan PINK. rasa nak sentakgelisentap je.

nasib baik aku takpernah sentak bila lalu belog irah


Ijustwonder: mamat2 aww yang sukak merah jambu neh pasti akan tercabar jiwa tengok koc pink. nak join masuk jugak ke bang? =P

Wednesday, April 28, 2010

Rahsia Personaliti

Ini bukan tilik nasib. cuma kadang-kadang ada yang benar, kalau rasa tak betul, buang yang keruh ambil yang jernih, baru teguh peribadi..eceh! dan amaran pihak berkuasa, tolong jangan serius/obses sangat dengan bendalah ni, takut2 jadi khurafat, dosa tanggung sendiri haaa :)

okei, untuk mengetahui nombor lahir anda, sila
campurkan nombor-nombor tarikh lahir, sehingga ianya menjadi
satu nombor tunggal

Contoh:

14 September 1989
14 + 9 + 1989 = 2012
2 + 0 + 1 + 2 = 5

so the number is 5.

Keterangan nombor lahir..jengjengjeng


1. Ketulenan
- Hadir dengan idea baru.
- Memperolehi sesuatu dengan cara yang tersendiri.
- Golongan ini merupakan yang paling jujur
dan boleh mempelajari dengan baik teknik diplomasi.
- Mereka suka mengambil inisiatif dan suka menjadi yang terbaik dan kebiasannya adalah pemimpin atau boss.
- Bekerja sendiri merupakan pilihan terbaik mereka.
Perkara yang perlu dipelajari: Idea dan pendapat yang lain mungkin baik atau lebih baik. Berfikirlah secara terbuka.

Golongan terkenal yang mempunyai nombor lahir 1:
Abe, Tom Hanks, Robert
Redford, Hulk Hogan, Coral Burnett, Wynona Judd, Nancy Reagan, Requel Welach.


2. Pendamai
- Dilahirkan sebagai diplomat.

- Mereka selalu memikirkan dan peka terhadap keperluan dan perasaan orang
lain sebelum mengambil kira dirinya sendiri.
- Secara semulajadi sangat analitikal dan suka mengikut gerak hati.

- Mereka tidak suka bersendirian.

-Persahabatan adalah penting buat mereka dan berupaya mendorong mereka
untuk berjaya di dalam hidup; tetapi mereka sanggup untuk bersendirian jika hubungan yang terjalin itu tidak serasi.
- Golongan ini secara semulajadi adalah pemalu, mereka patut belajar untuk
meningkatkan nilai kendiri (self esteem) dan meluahkan perasaan secara terbuka tanpa berselindung.

Golongan terkenal yang mempunyai nombor lahir 2:
President Bill Clinton,
Madonna, Whoppi Goldberg, Thomas Edison, Wolfgang Amadeus Mozart.


3. Ceria
- Mereka sangat kreatif, sosial, mesra, romantik dan mudah dibawa
berunding.
- Mereka suka memulakan sesuatu tetapi jarang dapat menghabiskannya.

- Mereka suka orang lain gembira dan sanggup melakukan apa sahaja untuk mencapainya.
- Mereka sangat popular dan idealistik.

- Golongan ini perlu belajar untuk melihat sesuatu dengan lebih realistik.


Golongan terkenal yang mempunyai nombor lahir 3:
Alan Alda, Ann Landers, Bill Cosby, Melanie Griffith, Salvador Dali, Jody Foster


4. Konservatif
- Golongan ini sangat pe
ka dan tradisional.
- Mereka sukakan arahan dan sesuatu yang rutin.
- Mereka hanya akan bertindak apabila faham sepenuhnya tentang apa yang
sepatutnya mereka lakukan.
- Mereka suka bekerja keras dan sangguh melakukan sesuatu kerja secara
sendirian.
- Mereka mudah tertarik dengan aktiviti luar dan merasai pertalian dengan
alam sekitar.
- Mereka berupaya untuk bersabar, tekun dan adakala dianggap degil.
- Mereka harus belajar untuk lebih feksibel dan bersikap lebih baik
terhadap diri sendiri.

Golongan terkenal yang mempunyai nombor lahir 4:
Neil Diamond, Margaret
Thatcher, Arnold Schwarzenegger, Tina Turner, Paul Hogan



5. Perintis
- Mereka adalah perintis.

- Secara semulajadi mereka mempunyai sikap ingin tahu dan suka mengambil
risiko serta sangat bersemangat (enthusiasm).
- Mereka perlukan kepelbagaian dan tidak suka disekat.

- Dunia ini adalah sekolah mereka, mereka memerhatikan setiap peluang untuk mempelajari sesuatu daripada setiap situasi yang ditempuhi.
- Persoalan yang bermain difikiran mereka tidak pernah terhenti.

- Golongan ini dinasihatkan untuk melihat sesuatu dengan teliti dan
mendapat semua fakta yang diperlukan sebelum membuat sesuatu kesimpulan.

Golongan terkenal yang mempunyai nombor lahir 5:
Abraham Lincoln,
Chorlotte Bronte, Jessica Walter, Vincent Van Goh, Bette Midler, Helen Kellar dan Mark Hamil.


6. Romantik
- Golongan ini adalah idealistik dan memerlukan sesuatu sebab untuk berasa gembira.
- Hubungan kekeluarga yang kuat adalah penting buat mereka.

- Perasaan mereka mempengaruhi keputusan mereka.

- Mereka sangat suka untuk membantu dan menjaga seseorang.

- Mereka sangat setia dan boleh menjadi guru yang terbaik.
- Mereka suka seni musik.

- Mereka menjadi teman yang setia kepada sesiapa yang menjalin
persahabatan secara serius.
- Golongan ini harus belajar apakah yang boleh diubah dan apakah yang
tidak boleh diubahnya.

Golongan terkenal yang mempunyai nombor lahir 6:
Albert Einstein, Jane
Saymour, John Denver, Merly Streep, Christopher Columbus, Goldie Hawn


7. Intelektual
-Golongan ini adalah Pencari. Selalu menyelesaikan sesuatu yang
tersembunyi, dan mereka sukar untuk menerima sesuatu perkara dengan mudah.
-
Perasaan mereka tidak mempengaruhi keputusan mereka.
- Mereka suka mempersoalkan apa yang ada disekeliling mereka tetapi mereka
tidak suka dipersoalkan.
- Mereka kerap dikenali sebagai ahli falsafah dan sangat berpengetahuan
dan kadangkala bersendirian.
- Mereka gemarkan perkara yang berteknikal dan berkebolehan untuk menjadi
penyelidik yang baik dalam menyelesaikan sesuatu perkara.
- Mereka sangat suka berahsia.

- Golongan ini hidup dalam dunia mereka tersendiri dan mereka perlu
belajar untuk menerima kenyataan dunia sebenar.

Golongan terkenal yang mempunyai nombor lahir 7:
William Shakespeare,
Lucille Ball, Micheal Jackson, Joan Baez, Princess Diana


8. Penyelesaian
- Golongan ini adalah penyelesaian masalah.

- Mereka adalah profesional, berterus terang, penilai yang baik dan sangat tegas.
- Mereka selalu mempunyai perancangan yang hebat dan suka hidup dalam suasana kehidupan yang terbaik.
- Mereka sangat suka mengendalikan manusia. Mereka melihat manusia secara
objektif. - Mereka akan memberitahu seseorang dengan cara mereka tersendiri bahawa mereka adalah ketua.
- Golongan ini perlu belajar untuk membuat keputusan berdasarkan keperluan sendiri daripada mengikut keperluan orang lain.

Golongan terkenal yang mempunyai nombor lahir 8:
Edgar Cayce, Barbra
Streisand, George Harrison,Jane Fonda, Pablo Picasso, Aretha Franklin, Nostrodamus.


9. Pelakon
- Golongan ini mempunyai kebolehan untuk menghiburkan orang lain.

- Mereka sangat penyayang dan pemurah.

- Dengan daya tarikan yang ada, mereka tidak mempunyai masalah untuk
berkawan dengan sesiapa jua dan pada mereka tiada sesiapapun yang dianggap asing kepada mereka.
- Mereka mempunyai personaliti yang pelbagai sehingga menyukarkan orang
sekeliling mereka untuk memahami mereka.
- Mereka umpama binatang sumpah-sumpah yang boleh berubah dan menyesuaikan
diri mengikut persekitaran.
- Mereka mempunyai nasib yang sangat baik tetapi juga boleh menderita akibat terlalu bergantung kepada nasib dan perasaan (mood).
- Untuk berjaya golongan ini perlu membina landasan kasih sayang.


Golongan terkenal yang mempunyai nombor lahir 9:
Albert Schweitzer,
Shirley MacLaine, Harrison Ford, Gloria Steinem, Jimmy Carter, Elvis Presley.


anda percaya? percayalah sayang~