Chakpong FC

Showing posts with label senaraisukahati. Show all posts
Showing posts with label senaraisukahati. Show all posts

Wednesday, June 23, 2010

teori makcik-makcik mengenai perempuan

Teori makcik-makcik kini mendapat perhatian khusus saya. secara tiba-tiba. tak tau apa tebiat saya. mungkin terlalu bosan. maka terciptalah senarai teori makcik-makcik.

sila ambil iktibar, kalau suka


pertama

kalau nak tengok perempuan tu pembersih ke tak... sila cekedaut dapur masak bliaw.
dengan syarat, bliaw la yang masak bukan bibiq mak dia.
kalau bersih, lulus buat menantu
kalau takbersih (tak kata kotor) itu bermakna perempuan tu masak tak sedap!


kedua

bilik air.
bilik air kotor..itu petanda wanita itu tak jaga solat
kalau bersih.. alhamdulillah.


yang pertama dan kedua, dijana oleh seorang nenek, dalam petua hal ehwal carik menantu. hehe. nenek ini akan jadi nazir kepada bilik air dan dapur masak calon isteri anak dia, sebelum dia pigi meminang perempuan tersebot. lahhh gelak kau eh. kau ingat aku reka cerita ke?

jadi berhati-hatilah terhadap makcik2 yang tiba2 kata nak tumpang bilik air rumah anda,.. ya perempuan sekalian. bilik air rumah aku lebih dari 3. aku sarankan bakal mak mentua aku check semua. cecara nak 'mendera' mak mentua . yeahhh mertua VS menantu. *evil

saye guro2 je makcik.kui3 :P


ketiga

kebanyakkan perempuan cantik/cun gila..mesti tak reti berkemas. kemas diri dia tau, kemas rumah, bilik.. ouT!

mula2 memang rasa.. "aik kesiannya siapa yang cun sangat tuh..tak pasal2 dapat teori tak bernas" tapi memandangkan saya duduk sekolej kediaman dengan wanita-waniti yang cun dan mengiurkan para jantan, aku agak nak menyokong jua teori ini. hue3.

kepala anda akan serabut secara tiba2 bila masuk bilik diorang.

paling worst...telekung pun macam tak reti2 nak basoh. gila mak aiii T__T tiba2 rasa fobia nak bermenantu neh. kawen pun belum, prasan nak menantu. hoho

tapi aku kata kebanyakkan je..bermaksud tak semua macam tu. Jadi, kalau anda rasa anda chantek, anggap sajalah anda bukan yang kebanyakkan. haha.

teori selingan: makcik-makcik sekarang pegi pasar naik heli.
gamba curik google je

keempat

pembersih atau tidak seseorang lelaki, terletak pada kebersihan keretanya. eh eh bukankah ini entri ekslusif untuk perempuan? apsal teori lelaki pulak ni? ah, sukati guwa la. ni belog lu ke blog guwa? miahaha

abisla, member lelaki yang pernah tumpangkan aku dedulu, sure sentap kejab kalau baca enti ni .lalala~

yaaa, saya tahu. memang tak semua lelaki begini. ada juga yang kereta bliaw kemas nak mampus, tapi bilik tidur..ya Rabbi..tiba2 rasa nak mampus.

apa2 pun, yang best tetap bapa aku la. kereta dia wangi dan kemas, bilik dia,..sudah pasti isteri dia la yang tolong kemas. err...

abistu, kalau dia takda kereta, kita nak check apa?

kita check benda lain. treeeeeeet~
*
*
*

nak percaya atau tak terpulang kepada logik akal memasing. kalau rasa nak buat research keatas teori2 di atas.. sila jangan letak (haninchakpong, 2010) aku seligi kau mau?

oh ya, teori no empat adalah hasil telekkan saya sendiri. yelaa..aku kan sejenis makcik juga. haha



dah ah. class dismiss

Wednesday, April 28, 2010

Rahsia Personaliti

Ini bukan tilik nasib. cuma kadang-kadang ada yang benar, kalau rasa tak betul, buang yang keruh ambil yang jernih, baru teguh peribadi..eceh! dan amaran pihak berkuasa, tolong jangan serius/obses sangat dengan bendalah ni, takut2 jadi khurafat, dosa tanggung sendiri haaa :)

okei, untuk mengetahui nombor lahir anda, sila
campurkan nombor-nombor tarikh lahir, sehingga ianya menjadi
satu nombor tunggal

Contoh:

14 September 1989
14 + 9 + 1989 = 2012
2 + 0 + 1 + 2 = 5

so the number is 5.

Keterangan nombor lahir..jengjengjeng


1. Ketulenan
- Hadir dengan idea baru.
- Memperolehi sesuatu dengan cara yang tersendiri.
- Golongan ini merupakan yang paling jujur
dan boleh mempelajari dengan baik teknik diplomasi.
- Mereka suka mengambil inisiatif dan suka menjadi yang terbaik dan kebiasannya adalah pemimpin atau boss.
- Bekerja sendiri merupakan pilihan terbaik mereka.
Perkara yang perlu dipelajari: Idea dan pendapat yang lain mungkin baik atau lebih baik. Berfikirlah secara terbuka.

Golongan terkenal yang mempunyai nombor lahir 1:
Abe, Tom Hanks, Robert
Redford, Hulk Hogan, Coral Burnett, Wynona Judd, Nancy Reagan, Requel Welach.


2. Pendamai
- Dilahirkan sebagai diplomat.

- Mereka selalu memikirkan dan peka terhadap keperluan dan perasaan orang
lain sebelum mengambil kira dirinya sendiri.
- Secara semulajadi sangat analitikal dan suka mengikut gerak hati.

- Mereka tidak suka bersendirian.

-Persahabatan adalah penting buat mereka dan berupaya mendorong mereka
untuk berjaya di dalam hidup; tetapi mereka sanggup untuk bersendirian jika hubungan yang terjalin itu tidak serasi.
- Golongan ini secara semulajadi adalah pemalu, mereka patut belajar untuk
meningkatkan nilai kendiri (self esteem) dan meluahkan perasaan secara terbuka tanpa berselindung.

Golongan terkenal yang mempunyai nombor lahir 2:
President Bill Clinton,
Madonna, Whoppi Goldberg, Thomas Edison, Wolfgang Amadeus Mozart.


3. Ceria
- Mereka sangat kreatif, sosial, mesra, romantik dan mudah dibawa
berunding.
- Mereka suka memulakan sesuatu tetapi jarang dapat menghabiskannya.

- Mereka suka orang lain gembira dan sanggup melakukan apa sahaja untuk mencapainya.
- Mereka sangat popular dan idealistik.

- Golongan ini perlu belajar untuk melihat sesuatu dengan lebih realistik.


Golongan terkenal yang mempunyai nombor lahir 3:
Alan Alda, Ann Landers, Bill Cosby, Melanie Griffith, Salvador Dali, Jody Foster


4. Konservatif
- Golongan ini sangat pe
ka dan tradisional.
- Mereka sukakan arahan dan sesuatu yang rutin.
- Mereka hanya akan bertindak apabila faham sepenuhnya tentang apa yang
sepatutnya mereka lakukan.
- Mereka suka bekerja keras dan sangguh melakukan sesuatu kerja secara
sendirian.
- Mereka mudah tertarik dengan aktiviti luar dan merasai pertalian dengan
alam sekitar.
- Mereka berupaya untuk bersabar, tekun dan adakala dianggap degil.
- Mereka harus belajar untuk lebih feksibel dan bersikap lebih baik
terhadap diri sendiri.

Golongan terkenal yang mempunyai nombor lahir 4:
Neil Diamond, Margaret
Thatcher, Arnold Schwarzenegger, Tina Turner, Paul Hogan



5. Perintis
- Mereka adalah perintis.

- Secara semulajadi mereka mempunyai sikap ingin tahu dan suka mengambil
risiko serta sangat bersemangat (enthusiasm).
- Mereka perlukan kepelbagaian dan tidak suka disekat.

- Dunia ini adalah sekolah mereka, mereka memerhatikan setiap peluang untuk mempelajari sesuatu daripada setiap situasi yang ditempuhi.
- Persoalan yang bermain difikiran mereka tidak pernah terhenti.

- Golongan ini dinasihatkan untuk melihat sesuatu dengan teliti dan
mendapat semua fakta yang diperlukan sebelum membuat sesuatu kesimpulan.

Golongan terkenal yang mempunyai nombor lahir 5:
Abraham Lincoln,
Chorlotte Bronte, Jessica Walter, Vincent Van Goh, Bette Midler, Helen Kellar dan Mark Hamil.


6. Romantik
- Golongan ini adalah idealistik dan memerlukan sesuatu sebab untuk berasa gembira.
- Hubungan kekeluarga yang kuat adalah penting buat mereka.

- Perasaan mereka mempengaruhi keputusan mereka.

- Mereka sangat suka untuk membantu dan menjaga seseorang.

- Mereka sangat setia dan boleh menjadi guru yang terbaik.
- Mereka suka seni musik.

- Mereka menjadi teman yang setia kepada sesiapa yang menjalin
persahabatan secara serius.
- Golongan ini harus belajar apakah yang boleh diubah dan apakah yang
tidak boleh diubahnya.

Golongan terkenal yang mempunyai nombor lahir 6:
Albert Einstein, Jane
Saymour, John Denver, Merly Streep, Christopher Columbus, Goldie Hawn


7. Intelektual
-Golongan ini adalah Pencari. Selalu menyelesaikan sesuatu yang
tersembunyi, dan mereka sukar untuk menerima sesuatu perkara dengan mudah.
-
Perasaan mereka tidak mempengaruhi keputusan mereka.
- Mereka suka mempersoalkan apa yang ada disekeliling mereka tetapi mereka
tidak suka dipersoalkan.
- Mereka kerap dikenali sebagai ahli falsafah dan sangat berpengetahuan
dan kadangkala bersendirian.
- Mereka gemarkan perkara yang berteknikal dan berkebolehan untuk menjadi
penyelidik yang baik dalam menyelesaikan sesuatu perkara.
- Mereka sangat suka berahsia.

- Golongan ini hidup dalam dunia mereka tersendiri dan mereka perlu
belajar untuk menerima kenyataan dunia sebenar.

Golongan terkenal yang mempunyai nombor lahir 7:
William Shakespeare,
Lucille Ball, Micheal Jackson, Joan Baez, Princess Diana


8. Penyelesaian
- Golongan ini adalah penyelesaian masalah.

- Mereka adalah profesional, berterus terang, penilai yang baik dan sangat tegas.
- Mereka selalu mempunyai perancangan yang hebat dan suka hidup dalam suasana kehidupan yang terbaik.
- Mereka sangat suka mengendalikan manusia. Mereka melihat manusia secara
objektif. - Mereka akan memberitahu seseorang dengan cara mereka tersendiri bahawa mereka adalah ketua.
- Golongan ini perlu belajar untuk membuat keputusan berdasarkan keperluan sendiri daripada mengikut keperluan orang lain.

Golongan terkenal yang mempunyai nombor lahir 8:
Edgar Cayce, Barbra
Streisand, George Harrison,Jane Fonda, Pablo Picasso, Aretha Franklin, Nostrodamus.


9. Pelakon
- Golongan ini mempunyai kebolehan untuk menghiburkan orang lain.

- Mereka sangat penyayang dan pemurah.

- Dengan daya tarikan yang ada, mereka tidak mempunyai masalah untuk
berkawan dengan sesiapa jua dan pada mereka tiada sesiapapun yang dianggap asing kepada mereka.
- Mereka mempunyai personaliti yang pelbagai sehingga menyukarkan orang
sekeliling mereka untuk memahami mereka.
- Mereka umpama binatang sumpah-sumpah yang boleh berubah dan menyesuaikan
diri mengikut persekitaran.
- Mereka mempunyai nasib yang sangat baik tetapi juga boleh menderita akibat terlalu bergantung kepada nasib dan perasaan (mood).
- Untuk berjaya golongan ini perlu membina landasan kasih sayang.


Golongan terkenal yang mempunyai nombor lahir 9:
Albert Schweitzer,
Shirley MacLaine, Harrison Ford, Gloria Steinem, Jimmy Carter, Elvis Presley.


anda percaya? percayalah sayang~

Friday, January 8, 2010

... si dia orang baru dalam hidup saya

Berdasarkan tajuk di atas, berikan pendapat anda, apa yang ada dalam fikiran anda sekarang? :P

ahh titibe.
annoying giler kau !


1) Vice Chancellor UiTM yang baru, tahniah kepada Datuk Sahol, semoga menjaga kami dengan baik. cewah~! (p/s: saya tak dapat subsidi makanan...sobsobsob)


2) Pengarah kampus UiTM Johor yang baru, Dr. Sohaimi. Tahniah juga, semoga menjaga kebajikan pelajar UiTM Johor dengan jayanya merentas dunia.(pls refer to the poster :P) haha, kebajikan penting oh.


3) Rumet baru. nama tipu, Dia. nama betul Lindsay Lohan. spesifikasi, satu: berwajah Lindsay Lohan versi Asia. Dua: selalu tak balik bilik. Tiga: dia masih tak duplicate kunci bilik.
(gasak ko la, kakak hanin taknak simpan kunci dalam kasut dah)


4) Situasi baru. Ada orang 'bergayut' dalam shower room =_=" giler aneh. aneh, mana dia dapat henset kalis air. aku nak beli satu. Ohh, adakah itu henset 3G ????


++short and fast.baii.

Friday, January 1, 2010

... blue moon. new moon

New moon = new year. new year = so syok holidays akan berakhir. erk. fufufu~ tanak balik sekolah. apesal tah bagi equition kau nih. rendu calculus diam ah.

Y.E.S sudah berakhir, maka saya perlu pulang ke sekolah menengah kebangsaan UiTM. walaupun saya memang takda kaitan shopping Y.E.S haha.


sempena bluemoon ini. saya mengepilkan beberapa azam baru. cewah~
sempena muharam yang telah berlalu, barulah tersenarai azam baru. *tertinggal keretapi

2, 3 azam datang, encik azam takyah perasan


1) kurangkan tidur. kepada rumet saya yang comel, sila pastikan saya tak tidur lepas subuh. kalau anda yang tidur, memang anda yang saya siram dengan air. hahaha. malang dapat rumet camnih. (untuk yang comel saja, yang tak comel diam2 saja kalau saya ketiduran jugak.kui3)


2) tidak memonteng kelas secara sukahati, tanpa MC mahupun emergency. (ini azam ulangan, takpa takpa, ulang 10x pun takda sapa kesah)


3) banyakkan membaca bahan ilmiah. ini macam selalu buat. tapi takpalah, azam tetap azam. anis sila diam. hahaha


4) tidak gatal nak escape assignment. mementang assignment persendirian, gatallah aku tanak hantar. lalala~ ok jangan buat lagi.


5) memastikan score setiap test sehinggalah ke final. kalau tidak, saya akan grad sambil mati. T_T


6) banyakkan makan. hahahaha. ada orang akan bengang dengan azam gedix nih


7) menghabiskan sisa-sisa kehidupan di UiTM bersama rakan-rakan secara jaguh 5 ceria. ^&*($ no 7 ni merepek. abaikan azam geli ini. ;P


8) merajinkan diri untuk menelaah. perghhh kalau aku betul2 buat, nanti ada orang sentap
"aik anin, apsal pagi2 dah study ni, ada test petang nanti ke?"

"takde ah, saje je"


pastu, nanti dia sentap.haha. yang aku pulak santap buku sambil santap makanan. sedap~


9) rajin pulang ke kampung halaman. err. yang ni saya tak pasti macam mana, sebab last sem, saya hanya balik 2kali saja. aku tak tipu weh. kalau najib sudi turunkan tax pengangkutan awam saya OK. malangnya macam hape dalam bajet 2009. kesian majoriti 3orang. takpalah najib, dah majoriti tu kire oraitla, pergi cari jet enjin cepat! huh! duit rakyat tuh! rakyat tak halalkan baru tau. eh aku kan rakyat, sukati aku la~ =P


8) saya akan jarang online. percayalah~ ta percaya? sila percaya sekarang.kalau tak...
kalau tak... hehe.takda apa. Maka dengan itu, segala perbincangan akan dilakukan di atas henset, bukan di atas talian YM. yang takda no henset saya tuh, pandai2 la nak hidop. wakaka. *kejam heh*


9) disiplin. solat,makan,mandi,study,tidur. robot siut. takpalah, usaha tangga kejayaan. hoho.


++sengaja menepek azam di sini, walaupun sebenarnya lagi berjela dari ini. kesan dari lintasan bluemoon, supaya mulut menyebut janji dikota. cewah. ke kota keriangan. hold my hands. blah~

Tuesday, August 25, 2009

... syaitan cuti h1n1

.
.
.
.
.

maka kita apalagi? hooyyehh marilah berfiesta!

dingdongdingdong chakpong chakpong~

kemain engkau ye. aku maksudkan chakpong chakpong dekat masjid aka PI. mari semua! :D

eh tak, saya bukan suruh anda on9 chakpong saya ini dekat PI. mementang PI dah cukup wireless. jangan nak mengarut.

sempena sebulan syaitan nirrojim semua dah kene selesema babe nih, manfaatkanlah sepenuhnya bulan mulia inih. sebulan diorang cuti ni, kita dapat seminggu je. eh lebih ar kau nak sebulan pulak.

bagi pelajar UiTM Johor, Pusat Islam UiTM Johor menawarkan pakej:

1.berbuka puasa kurma sedap
2.solat maghrib berjemaah (as usual)
3.makan nasik. yahoo~
4.tarawih. yeahh~
5.tadarus. yuhaa~
6.moreh (-,-" hee ini penting ke? popia penting jugak :P)
7.qiam. kejab, yang ni aku tak sure hari2 ke ape. (eh, orang jauh dgn PI logik la, anda yang rumah sebelah PI patut amik tahu, tahu? kuikuikui -menyeringai budak sektor A XD)

bukan saja wireless(heh?) malah PI sudah dilengkapi sistem pendingin hawa yang berkaliber wuu and many more. cewah. macam iklan percutian mewah cukup.

semua pakej yang disediakan adalah free belaka, kampus sponser. hikhik. ohh iklan percutian mewah free. mari teruja. :D

hookey, bagi bukan UiTM Segamat, jangan merajuk. saya tidak melupakan anda.
disebabkan saya malas nak taip, jenis2 puasa ke fadhilat puasa ke (nanti2 jelah aku penat neh)

..marilah kita berdendang


Muhasabah Ramadhan

Hari raya hari kemenangan
(hanin: start lirik je dah hari raya, heyy -_-")
Hari kesyukuran dilimpahi kemuliaan
Di lipatan seni mehnah
Ada maksud murni yang lebih hakiki

Pada nafsu yang dilentur lapar dahaga
Pada fikiran disinar wahyu dan sabda
Pada hati bersih di solat tarawih
Apakah semuanya telah dimiliki

Puasa mengajar erti ketabahan
Menghadap ujian berlandaskan iman

Puasa perisai yang sangat maknawi

Penyinkap hijab antara hamba dengan Illahi

Puasa sempurna menahan rohani dan rasa

Puasa sederhana menahan indera dan juga anggota
Puasa biasa hanya melawan lapar dan dahaga

Lalu di manakah puasa kita Adakah masih di tahap lama

Lalu muhasabah di hujung Ramadhan
Sudahkah terbangun jiwa teguh dan kukuh
Atau kolam jiwa masih tercemar keruh
Bersembilu dosa duri angkara

Ketika bertahmid, bertakbir, bertasbih
Terasakah ita hamba Illahi
Yang hanya mampu mengukir tadbir
Sedangkan padaNya segala takdir

Unic.Nur Syawal

yang ni kopi-pasta je, tak penat. hehe.

tak tau nak lagu? ok kejab. klik sini
berdendang sambil menghayati ya :D


++syaitan dah cuti h1n1, jika anda berkelakuan 'syaitan' maka andalah setan itu. haHAHAha.

--NASEHAT SAYA DEKAT ORANG-BELAKANG, BULAN PUASA NI KURANG2KANLAH 'BERGAYUT' hamek kau. kahkahkah

Monday, June 22, 2009

... apakah saya?

.
.
.
.
1. Kekasih saya adalah : jengjengjeng~

2. Saya sedang mendengar : kipas dok pusing2 (sama jwpn dgn ainul -_-")

3. Mungkin saya patut : pergi toilet sekarang!!

4. Saya baru sudah : pulang dari toilet. kui3

5. Beza rakan, sahabat, kawan : dari segi ejaan.kankan?

6. Saya tidak faham : kenapa blog harini semua malas update termasuk FT. wuwuw
(faisal tehrani ah, bkn faizal tahir)

7. Saya perlu mencari : nafkah barokah

8. Ayat terakhir yang dikatakan kepada saya : "nak.nak.nak" (guess who?)

9. Makna kehidupan : membangun bersama Islam

10. Cinta itu adalah : ..indah bagi sesiapa yang berhak

11. saya paling suka : [lihat interest pada profile saya]

12. Saya akan cuba : menbaikkan hati pada buku ulangkaji

13. Mengapa rakyat Malaysia suka menggunakan LAH di akhir ayat mereka :
because we're malaysian-lah

14. Telefon bimbit saya : encik erik's warna merah+hitam.

15. Katil saya : tengah diduduki oleh saya sekarang

16. Soalan yang bagi saya tidak perlu ditanya : "kenapa hanin comel?" XD

17. Teknologi adalah : pantas bergaya efisien saya suka! ye

18. Bagaimana saya boleh memasak masakan yang saya paling pandai masak : masak secara sukarela dengan penoh kasih sayang. =P (ad orang dah sengeh bc ayat nihh)
ainul:asalkn ada org makan, dat is da purpose of cooking (colonal sanders tak amalkan ni.haha.tp berjaya kaya raya)

19. Semalam : saya dapat kasut dr.cardin lagi. wuhu! scholl sumpah sedap, tp design tua aa.haha
(mood : mengidam sportshoes oren)

20. Hari ini : chatting dgn rumet-rumet ternama. seb bek si-bekas tak on9 sekali. kalo x habis huru hara YM. haha

21. Malam ini saya akan : makan

22. Esok pula saya akan : makan lagi.

23. Saya betul2 inginkan : 4 bijik flat untuk dua sem berturut. wahh marilah doakan spy sy rajen. plis semua~ sigh

24. badminton atau futsal : badminton saya rendu.

25. karaoke : dalam hati

26. kereta : myvi puteh sangat comel ^^,

27. Bilik yang terang atau gelap : bilik tidur;gelap(wajib!). bilik lepas kematian;terangbenderang(paling wajib!!).amiin2

28. Makanan jepun adalah : separuh masak

29. Ayat terakhir yang nak anda katakan pada seseorang : "ko nk buat spek ko jd sesumpah ek?" ayat soal utk rumet specky

30. Siapa yang anda tag : fathinahzakaria makhencekk!!

Tuesday, May 26, 2009

...Irah tag kamek nopo!

.
.
.
.
Name : -/-
Sisters : 2
Brothers : 2
Shoe size : sandle -6, sportshoe-7 (apsal ntah)
Height : last time kira,157 cm ; tapi skang da same tinggi ngn ummi 160cm, consider 160cm bleh? (okeh lagi 2 inci nak same tinggi ngan bapak sndri.haha)
where do you live : damn-damn-sara KL

Have you ever..
Been on a plane : yes
Swam in the ocean : yeyes
Fallen asleep at school : siap mintak izin ngn cekgu lagi. sopan x? =P
Broken someone's heart : hm..saya manusia biasa.maafkan saya
Fell off your chair : naah
Sat by the phone all night waiting for someone to call : no need
Saved e-mails : yap

What is your room like :
-->must have : katel tilam bantal cimut (dialek ammar: selimut)
-->others: gerobok (dialek johor: almari) pc aku, pc amin, (macam CC dah eh?) hifi, katel sis.
What's right beside you : pillows
What is the last thing you ate : nasik

Ever had..
Chicken pox : yerp
Sore throat : yah. tbe2 jd macho siut
Stitches : nope, akk ak y nakal tu ad satu. haha. (pecah rahsie)
Broken nose : nop

Do you..
Believe in love at first sight : eyes or heart sight?
Like picnics : yap

Who was/were the last person ...
You danced with : appy sengal, yaa sumazau dance. heh.
Made you smile : remembering the dance. sampai skang xtau sape simpan video tuh.uwaa
You last yelled at : just now, a notti boy stepped on my pillow. huh

Today, did you ..
Talk to someone you like : yah
Kissed anyone : nope
Get sick : nope
Talk to an ex : not yet.huh?
Miss someone : yaaaaaa (ade sape2 prasan ke? hoho)

Who do you really hate: panas haba

Random..
Is there a person who is on your mind now : Yes. :)
Do you like your hand-writing : not sure
Are your toe nails painted : naah. buruk kott
Whose bed other than yours would you rather sleep in : katel ucu
Are you a friendly person : ask my fren
Do you have any pets : andy ceh.
Do you sleep with the TV on : cannot sleep baa, bising
What are you doing right now : naip
Can you handle the truth : insyaAllah~
Are you closer to your mother or father : i dunno.both i guess
Do you eat healthy : sometimes
Do you still have pictures of you & your ex : yes (ehh tibe2 je)
If you're having a bad day, who are you most likely to go to: ainul, i luv u forever =P
Are you loud or quiet most of the time : depends hehe
Are you confident : depends on situation


5 things i was doing 10 years ago..
1. sudah tahu guna steteskop
2. menang larian 200meter
3. ketua kelas 4S
4. pergi interview pengawas sekolah, dan lulus. mengalahkan calon lelaki: aqashah shahrul arif .lalala~
5. belajar di dalam kelas, kat belakang skali paling kiri, sebelah hidayah hasan chen (penolong ketua kelas)

5 things i would do if I were a billionaire..
1. bt rumah. ceh rumah je da abis stgh juta. ho~ ini investment care bijak (sbb harga tanah xkan turun. melainkan malaysia da hancur kene bom.tebaboo!!)
2. simpan buat pusaka. hahampeh
3. sedekah / zakat
4. haji sekali dan buat offer haji kat orang2 yang teringin.
(kalo korang nak, baik korang doakan aku cepat2 kaya. haha)
5. entah la..tataw

5 of my bad habits...
1. suke tido
2. x abiskan makanan klo makanan tu x sedap.
3. basoh baju 2 minggu skali wihi~:P
4. makan banyak tp berat tak naik2 (ayat mintak penampar oleh orang overweight) hahaha
5. smgt bdsrkn mood

5 places i used to live
1. damansara, KL
2. segamat, johor
3. katel saye
4. depan pc
5. rahim mak saye

people i tag:
since lieya kate die siap bookmark blog aku, Lieya Umat, anda ditag..tapi ko takde blog, ok. baik..pergi buat dekat buletin. hahaha XD


++anggaplah entri ini untuk pengenalan diri. haha. ceh panjangnye 'pengenalan' LOL

Sunday, May 24, 2009

... pinano lalala~

.
.
.
.

"ini biola anak lelaki pakcik yang punya.."
"ini bukan biola pakcik.."
"abis apa?"
"ini piano.."
"oo piano..pakcik baru tawu.."

haiz pakcik, tu gitar la. pernah dengar dialog ini? senyum sendiri.

bila buat assignment interactive multimedia, mencabar kehormatan kami berempat untuk cari bunyi alat-alat musik. aiseh..
dengan jayanya telah meng-obseskan kami dengan piano (ceh..mana ada kami, aku sorang je)

wuhu~ first: kitaro



boo hoo~ sampai ke sudah paksa zul downloadkan lagu kitaro full album punye, 11 lagu beb. wahaha. (xpe la, kan zul baek ati ikhlas gitu nak tolon saye nih. ngeh3 mekashihh)

mungkin ada yang ter-feel pulak bila dengar muzik seperti ini. tengok incik kitaro main pun macam feel gile muke die. plus rambut dia..macam nak mintak kene gunting.hoh.
Lagu selalu kuar IKIM.FM kan? hee..bila sampai part-part sedeh sejarah nabi. ehe.

tapi tu kitaro main keyboard da~ bole la tuh.



next, second: maksim

walaweh~





yazza.. jari dia mak aihh. nak tengok video klip ori Flight of The Bumble Bee, cari sendiri. Aku tak nak mencemar duli blog nih. Sudahlah lagu beliau membisingkan blog aku. ohh. Ni pun rambut nak mintak kene sikat. ish ish ish


last: sami yusuf

kembalilah anda semua ke pangkal jalan. gahaha.tibe-tibe lak ek



kepada pembaca/penonton wanita tak digalakkan tatap bedio nih lelama. kang terguda.hahaha. maybe suit putih ituh. uwaa..hate u sami yusuf! Ok baik. rambut dia kemas. hee
ape2 pun, untuk video ke-3, hayatilah lirik. bukan penyanyinya.LOL.


++saje nak menceriakan hati. teyda kerja lain saya ni.

Saturday, December 27, 2008

Maal Hijrah vs senarai sukahati dan Adibah Ahmad

Tahun baru. Azam pun kene baru.
(semua orang nak cakap pasal azam, aku pun nak jugak)

kepada yang bernama Azam: jangan berperasaan terlebih.

wee

ada orang pelik ke aku berazam-baru untuk tahun Hijrah?
selalunyakan, orang berazam-baru untuk tahun gregorian.

sukati aku la.

secara keseluruhannya, tarikh Hijrah hari ni pun aku tak berapa ingat. Terhegeh jugak tengok kalendar. 29 Dzulhijjah 1429. Itu pun nasib baik ada kalendar.sedeh ek.

kerana syukur ku masih Islam sehingga kini. Maka adalah lebih afdal kita sama-sama mencari identiti yang baru sempena perubahan hijrah. -ini aku cakap, bukan pendapat ulama' atau apa, jangan kata aku bukak fatwa yang bukan²-

Dah nama pun tahun Hijrah. Pindah. Dari baru ke lama. -disaat ini teringat gadis yang bernama Siti Hajerah, ceh,tak de kaitan, jgn layan prasaan!-

sambung citer

azam baru ek?
hmm..

  • paling atas semestinya :
kuatkan semangat bangun awal. -tak bermaksud aku tak bangun subuh- untuk memenuhkan kehadiran kelas pagi. ekceli, ni la punca masalah yang menyebabkan aku hampir mendapat surat amaran sebab kedatangan untuk kelas Statistik. oho. Miss Shaieda, maafkanlah anak murid mu ini. -rupa²nya aku kaget jugak dengan surat amaran, sampai ngadu kat ainul tah bape kali.hihihi-

  • tak berapa nak buat, tapi nak buat jugak:
habiskan segala ubat/supplement mengikut jadual dan prosedur tanpa menyebabkan bahan² tersebot ahernya menetap dalam tong sampah.haha.kes makan ubat ikut suka. lagi² panadol. aku da buat dia macam gula² sebelom tido. aiseh.
to emy&eyda: tolong sorok panadols korang sebelum aku kembali ketagihan -.- terukbetul

  • yang ni kene buat:
aku nak celcom broadband!!!!
kerana tanpa internet siapalah aku.aiseh
kes subjek komputer sem lepas. sedeh wo. dapat pensyarah yang berdedikasi memanglah.

suasana: Presentation seorang klasmet

"kenapa database kamu takda ..itu ini..dan blablabla..?" pensyarah menyoal dengan muka separuh serius.

"sebab, tak da pun dalam buku, dah cari.." jawab klasmet yang hidupnya mungkin hanyalah buku text.

"kenapa tak try cari di internet??" pensyarah seolah menyerang dan tak puas ati.

jawapan monolog semua orang "macamlah kita hari-hari dapat bukak internet"

serius. subjek komputer jangan haraplah kau tengok buku dan kau pandai! Teknologi komputer adalah sebuah teknologi yang berevolusi sangat pantas. Info ria yang kau nak guna pun, kene berada dalam sebuah arena yang pantas. Tak lain internet lah. Kena pulak, rata² bilik klasmat² aku kebanyakan kedap wireless, termasuklah aku. Memang nasib malang wehh. Budak bisnes dan account yang boleh belajar dan 'dean list' tanpa internet, rata² boleh ber-online secara bebas. tergolek tertonggeng takde hal lah.

nak berinternet, silelah ke CC atau pun lab² komputer mahupun komputer library yang bagi aku, sangatlah membuang masa

kerana:
  1. list menunggu yang sangatlahhh panjang
  2. line internet toksah cakap. kalau aku bancuh megi untuk kali ke-3 pun browser tak siap2 lagi.
  3. yaa..kau aspect kau leh duk lame ke kat cc? assignment kau tu tak agak² banyak nya, memang all the time kalau boleh kene connect internet. kerusi tak sempat panas, tukang jaga CC dah kata nak tutup. Lab/library toksah layan la.lagi awal.
ada yang menyoal "kenapa korang tak bawak je lappy korang kat tempat yang ada coverage??"

soalan yang agak bijak jika si penjawab menggunakan laptop.

masalah terbesar, rata² bebudak sains kuantitatif/komputer dinasihatkan untuk menjana kompuer daripada laptop. Ini kerana, bersesuaian dengan projek² yang bakal terlaksana, nak apgred RAM lah, nak apgred itu lah ini lah. Bak kata pensyarah kami "laptop kurang sesuai lahh dengan kos korang"

kan??

"kenapa tak beli laptop yang bleh upgrade macam-macam??"

ni barulah soalan kurang bijak. Kami hanyalah tajaan ptptn.(jangan gelak, sebab web site UiTM tulih camtuh) kalau aku tajaan mara mahupun jpa sekalipun, aku tak rasa macam mampu nak beli laptop sechanggeh itu yang semestinya cecah lebih RM5000. Juga bapa aku bukanlah sehebat Dato' K. walaupun misai mereka sama, tapi janggut tak yek.



  • yang ni wajib buat: (bukan aku je, yang membaca pun)
MARILAH SAMA-SAMA FLAG-KAN BELOG BODOH SI KAFIR TOTOK NI

adibahahmad

flag kan ia sebagai violence tolong buat jika anda sayangkan Rasulullah S.A.W.

sungguh ku tak paham apa motif dia, selain di-prank atau sememangnya pengeblog ini menghidapi sakit mental.


- aku malas nak bukak satu lagi topik untuk belog bodoh ni, sebab ku kira ia seperti membazir space -



...sekian senarai sukahati