Chakpong FC

Saturday, April 17, 2010

hesh, pikir rumah pun pening

Eh ini bukan cerita rumah yang dirumah sekarang ye.
erk, maksudnya, bukan rumah yang didiami orang tua saya.
eh paham takk?

ok hanin, fahamfaham

baiklah, untuk next sem, saya terpaksa cari rumah sewa sebab, ada cakapcakap mulot orang, next sem kampus saya neh amik intake ramairamai sebab ramairamai jugak yang grad. Pastu, program kat sini pun bertambah-tambah.

Ho : bila manusia bertambah, maka probability yang akan disepak keluar kolej kediaman juga akan bertambah.

orang-orang yang bakal disepak tu mestilah dari katagori saya. =_=
takkan diorang nak halau budak2 pra perdagangan, diploma yang baru masuk tuhh.


ohkeyh, kami(menunjukkan rasa gah dan ramai) telah menjumpai sebuah rumah berlokasi tepi jalan, harga boleh tahan. but waittt..rumah tu kosong takda perabot. hoh. tiada perabot bermakna takda fridge. hukhuk. takda fridge takda la dapo masak.


ni lah rumah kitorang tu. eee tiputiputipu

aku baru je nak berangan masak sendri (fuiiiyyyooo) walaupun berangan buah berangan macam takda makna pun, sebab kalau kat rumah bersama ibu bapa probabiliti aku masak macam 0.1 ngeh3.

idea masak sendiri ni datang bila incek arip mengemukakan cadangan, 'makan ayam HPA je, jamin halal' Bila pikir balik, aku dah loya tekak dah. iskkk. bape banyak ayam tak HPA aku sental sem neh? sebab kalau kat rumah dunworrybehappy memang dijamin halal, kalau tak HPA, sembelih sendiri. ^_^

pastu konon konon nak meniru tabiat bapa, tak makan ayam sebarangan. heheh. bapa saya sejenis manusia yang hanya makan ayam kampong, sebab ayam tu dia yang sembelih. takpun ayam HPA je, sebab itu je yang dia rasa tak waswas nak makan. lainlain seperti KFC bla3 dia tak pernah anggap tu nikmat hidup. sungguh pun begitu, ayah saya tak pernah pulak nak larang makan ayamayam len neh. maksudnya disini. 'kau kan dah besar, pikir la sendiri'. baek kan ayah saya =P anak dia pula bagaimana?


bapa dan nenek yang terel


ini sketsa cabot bulu. "terima kasih kakak hanin!" kata ayam itu


bukan masalah tekak loya ke apa, masalahnya sekarang, kalau dah termakan benda-benda syubahah, bukankah doa juga tertolak, doa tertolak hati pulak tak terang. Udah la aku ni memang tak terel AKA tak pandai. hati pulak makin hari makin memblackout. sebab dah telan macam-macam yang ada logo halal pun takleh caye =_= pastu dah makin membarah penyakit lupa! sigh~

takyah makan ayam, makan ikan je.

ikan kat sini lunyai lunyai ko tak tau. ikan pulak tak banyak choice, tak ikan keli, ikan kembung, tak kembung pari. tak pari, pari-pari. okey yang tu takda dah.

daging?daging?

ehem. tekanan darah I dah lebih paras, tak berani nak makan daging (sekarang, sila predict umur aku berapa.hahaha)

eh
gaya cerita macam duduk oversea kau neh sebab susah sangat nak cari makanan halal! haha. padahal aku duduk segamat je nehhhh. Inilah Malaysia negara Islam yang anda sayang. aku pun tak paham apsal starting entri ni rumah, ending dia makan.(nampak sangat menaip sambil lapar)

err
err.
entri da habis dah.

2 comments:

Kay J said...

haha.. baca smapai abes.. bila nak masuk balik tajuk rumah ni? pending!

aNdi.Hanin::حنين said...

haha..treeet!! entri bersambung~~
:P