Chakpong FC

Sunday, October 24, 2010

ingin tambah-nilai prepaid henset secara percuma ditepi jalan? kami ada cara

bukan kau beli kad top-up lepastu kau tercongok tepi jalan gores2 kad,
kemudian tekan *122*14 digit# selesai.

atau lari2 tepi jalan, sambil mesej atau call member kau tokey top-up
"weh reload kan aku rm10,.balik nanti aku bayar"


tak
bukan itu cerita hari ini. tu mukadimah je.


Maka tersebutlah kisah sang kancil dan harimau.

kancil pagi2 bangun... *gosok2 mata*, konon nak pergi kampus awal pagi. sebab dah janji dan menuruti titah sang raja rimba, 17 haribulan kena dating. kihkihkih.

memandangkan kancil ni tinggalnya diluar kampus.. kawan2 serumah kancil cakap,
"pagi2 gini mane de bas.." maka kancil terpinga hari ini hari ahad,. takdak bas UiTM, kancil lupe.

maka sang kancil pun mentunggu sehingga agak2 jam 8 gitu~ kekonon nak tunggu bas bukan uitm pulak.

tetibe...*oh saspen tak?*

perut kancil memulas. aiyakk kancil makan ape ntah semalam, mungkin semalam syok2 makan pucuk sirih, termasuk pulak dalam kebun jiran.

hish..

maka kancil tahan2 jugalah..sehingga 8.30 siap sempat breakfast roti gardenia perisa sirih.

8.45 kancil keluar saja rumah tanpa menghiraukan sakit perut.sob3


tengah on da way ke jalan besar.. seekor harimau naik motor tahan kancil.

harimau cakap "akak kancil, nak tompang tak?" harimau ni harimau kecik je
anak rimau lagi kot.

akak kancil mestilah dah macam orang mengantuk disorong bantal. orang sakit perut disorong motor. haha

lagipun harimau sama jantina dengan akak kancil..so akak kancil peduli hapa.

dengan membawa perut sakit menaiki motor..baru kancil perasan, harimau ni pakai short(seluar pendek) wahh. seksi gitu.

haih, tebakan kancil salah. ingatkan harimau ni pelajar sekampus kancil.sebab orang sekampus takkan pakai tiada sahsiah rupa diri begitu, walaupun diluar UiTM. takpa..orang berbudi apa salahnya.

sampai satu selekoh, kancil minta diberhentikan.. bukan tak sedap hati takut harimau ngap kancil..tapi memang situ port bas. heh.

tetibe ...*saspen tak? saspen tak?*

"akak..nak no. phone boleh?" said the harimau.

"erk.." kancil terkedu kejab. apsal ni nak ngorat ke hape?

mustahillah nak mengorat sesama jantina. bukannya kancil ada ciri2 lesbian pun. haha.

"mana tau lain kali jumpa..nak contact2 ke ape ke.."

"hurm..orait.. 013(sensed)"

"awak miskol saya boleh?" sambung kancil.

"alamak kak..takde kredit la.. amik jela nombor saya"

sempat itu ini. tetiba... *ok fine, tak saspen dah*

"akak..nak pegi tunggu bas kan? tolong belikan topap RM10 untuk saya boleh tak? kat kedai tepi tu ada"

kancil pun orait jelah. dengan perut yang membara, separa blur pulak tuh pagi la katekan.. kancil pun blah. oh nak cepat ye kawan2 raja rimba dah mesej2 tanya nih.

tengah memblahh tetiba terperasan rimau tersebot tak bagi kancil duit. ceh.. saje je engkau ye.


mainan kepala kancil.. "~takpa la, beli je dulu, balik nanti bagi la dia~"

tapi sambil tu wonder. haih..ade motor tu pusing jela kat kedai. susah sangat ke?

dipendekkan itu ini, sampailah sang kancil dikampus kesayangannye. berkejaranlah sang kancil ke tempat bersemayamnya raja rimba. ada meeting la nyahh.

aik penglipur lara, tadi cakap kancil nak dating? hish ni kan trend orang sekarang, kalau dating cakap meeting, so meeting kenalah panggil dating. adepehem? ;p

takkanlah dating dekat kampus. tak romantik you.

*
*
tengah best meeting. tetiba.. pap! tetiba nama rimau naik.. dia call.
"akak..dah beli topap tak?"

"belum..tadi tak sempat..nanti kejab lagi"

"akak kat mana skang ni ye?"

"kat UiTM dah..tunggu jap lagi boleh? tengah meeting"

"oo yeke..."

"eh..tadi cakap takde kredit..ni bleh plak call" pap! line mampos.

suwey betol. hidup2 nak tipu aku. jerkah kancil dalam hati.

bukan main rimau mesej kancil lepas tu siap nak pinjam duit bagai. wahh. walaupun dia nak RM15, manakah kancil mahu beri lepas kena tipu macam tu. cihh.

kancil cakap saja kancil tak cukup wang.

lepas tu dia janji mahu bayar balik bulan 11, lepas dia dapat duit undi.

waahh siap mengundi harimau ni. kancil ingat kecil lagi. rupanya sudah tua ganyut. sebab...
sang kancil ni pun baru lepas had layak mengundi. register pun belum.

sekarang boleh nampak bukan kancil lebih muda dari rimau? mungkin sebaya.

bukan main panggil kancil "akak" heh.


lepastu mesej lagi..lepas kancil reply "sori, takda duit..."

"kalau macam tu saya bayar esok la, RM10 je..takkan nak tolong saya pun tak boleh"

ayat bapak pujuk rayu. ceh.

"ohh esok? kalau camtu awak beli topap esok je la" balas kancil sesedap rasa.

"kalau RM5 boleh?"

kancil malas nak reply dah. buang kredit haku je. sebab..
1. bengang dah kena tipu idop2
2. bengang sebab tengah meeting sebok2 pulak reply mesej bagai. sudahlah meeting bukan sebarang meeting. meeting datangnya kontijen nasional. menyembah ufti menyembah duli. ewah ewah chakpong.


so kesimpulannya apa?

kau ingat kampeni celcom maxis digi tu bapak kau punye? nak free boleh blahhh. ceritera tamat. penglipur lara mahu beradu. sekian.kesian.

Saturday, October 16, 2010

tips bersih dan cantik

10 Fitrah Manusia

1. Membetulkan misai.
Lelaki yang menyimpan misai harus memastikannya dalam keadaan terurus dan digunting apabila perlu agar ia sentiasa kelihatan kemas dan bersih. Jika perempuan tumbuh misai, maka
wajiblah dibuang.

2. Menjaga janggut.
Menyimpan janggut adalah salah satu daripada sunnah Rasulullah s.a.w. Bagaimana pun, dalam masa yang sama ia mesti dijaga rapi.

(setakhensem mane pun seorang lelaki, bila ada janggut yang rapi dan kemas. ulang KEMAS. terus jadi hensem. siapa ada janggut bleh prasan skarang. miahaha~ eh yang tak kemas takyah ar)

3. Memendekkan kuku.
Segala kotoran tidak melekat serta memudahkan
air sembahyang sampai ke celah-celah kuku jika ia dipendekkan.

4. Membersihkan sendi tangan.
Memastikan celah-celah jari serta tangan sentiasa digosok dan dibersihkan sebagaimana yang dianjurkan semasa mengambil wuduk.

5. Membersihkan sendi kaki.
Dilakukan semasa mengambil wuduk atau semasa mandi.

6. Kebersihan hidung.
Dengan beristinsyaq atau menyedut air ke dalam hidung dan menghembuskannya. Selain membersih, ia juga mengelakkan sebarang penyakit yang berkaitan dengan hidung.

7. Mencabut dan membersihkan bulu ketiak.
Islam tidak menggalakkannya dicukur kerana ia akan menyebabkan bulu ketiak cepat tumbuh dan lebih kasar.

8. Kebersihan mulut.
Dengan menggosok gigi atau bersiwak ketika berwuduk, sebelum solat, ketika mulut berbau, ketika masuk rumah, bangun tidur dan ketika hendak belajar.

9. Mencukur bulu ari-ari.
Islam tidak menggalakkan dicabut kerana akan mengendurkan otot-otot di sekitarnya.

10. Mencebuk air. (mandi dan membasuh bahagian sulit).
Wanita diwajibkan berdehem semasa membuang air kecil agar ia tidak bersisa.


Abu-Laits berkata: "Siapa yang ingin selamat dari siksaan kubur maka harus melazimi empat dan meninggalkan empat iaitu:

1.Menjaga sembahyang lima waktu
2.Banyak bersedekah
3.Banyak membaca al-quran
4.Memperbanyak bertasbih
(membaca: Subhanallah walhamdulillah wal'aa ilaha illallah wallahu akbar, walahaula wala quwata illa billah)

Semua yang empat ini dapat menerangi kubur dan meluaskannya. Empat perkara yang harus ditinggalkan ialah:
1.Dusta
2.Kianat
3.Adu-adu
4.Menjaga kencing. Rasulullah s.a.w pernah bersabda: "Bersih-bersihlah kamu daripada kencing, sebab umumnya seksa kubur itu kerana kencing. (Yakni hendaklah dicuci kemaluan sebersih-bersihnya.)

Thursday, October 14, 2010

the last class in UiTM SegarAmat

*GUWA TACING NIH*


petang semalam kelas (QMT335) terakhir disini. adess serius 'terasa' je

and tadi, test terakhir.(335 jugek)... lagi triple 'terasa'

*bajet mcm dah abes final exam pulakk* haha

lepas ni nak menyiapkan assignment terakhir.

dan insyaAllah kali terakhir mewakilkan segamat ahad
ni. *JB YUBIDU~*

playground depan rumah. hohoh

buat tatapan rakan2 ex-segamat. cewah

*wajib berniqob di belog saya*


Sunday, October 10, 2010

penipu dah kena tipu!

ohoooi. baru kena tipu SEKALI, melatah-latah ye engkau



Klik sampai besar

selama ni kau tipu orang RIBU-RIBU KALI, takpe pulak. Sekarang dah kena tipu dengan budak2...terus terbit artikel 'bernada-kuciwa-gila -kena-tipu'

ekekeke!

takyah la take serious sangat Utusan oi, diorangkan budak-budak lagi...
memang dah dari kecik engkau ajar diorang menipu, sekarang pandai lah diorang tipu kau pulak.haha.
Antara tanda-tanda kiamat:

Tersebarnya banyak pasar Rasulullah bersabda : "Kiamat hampir saja akan berdiri apabila sudah banyak perbuatan bohong, masa(waktu) akan terasa cepat dan pasar-pasar akan berdekatan (karena semakin banyaknya)"

(sahih Ibnu Hibban)

SALAM PERANTAU BUAT KELUARGA YANG NUUN JAUH DI KUALA LUMPUR, DOAKAN KEJAYAAN ANAKANDA, SEMPENA PEPERIKSAAN KALI INI. -dari UiTM Switzerland (Segamat)-

Utusan takdok buat korum untuk student kat dalam Malaysia, so kite buatla korum sendiri.hue3.


p/s: Jangan tipu orang, nanti orang tipu kau balek