Chakpong FC

Saturday, December 27, 2008

Maal Hijrah vs senarai sukahati dan Adibah Ahmad

Tahun baru. Azam pun kene baru.
(semua orang nak cakap pasal azam, aku pun nak jugak)

kepada yang bernama Azam: jangan berperasaan terlebih.

wee

ada orang pelik ke aku berazam-baru untuk tahun Hijrah?
selalunyakan, orang berazam-baru untuk tahun gregorian.

sukati aku la.

secara keseluruhannya, tarikh Hijrah hari ni pun aku tak berapa ingat. Terhegeh jugak tengok kalendar. 29 Dzulhijjah 1429. Itu pun nasib baik ada kalendar.sedeh ek.

kerana syukur ku masih Islam sehingga kini. Maka adalah lebih afdal kita sama-sama mencari identiti yang baru sempena perubahan hijrah. -ini aku cakap, bukan pendapat ulama' atau apa, jangan kata aku bukak fatwa yang bukan²-

Dah nama pun tahun Hijrah. Pindah. Dari baru ke lama. -disaat ini teringat gadis yang bernama Siti Hajerah, ceh,tak de kaitan, jgn layan prasaan!-

sambung citer

azam baru ek?
hmm..

  • paling atas semestinya :
kuatkan semangat bangun awal. -tak bermaksud aku tak bangun subuh- untuk memenuhkan kehadiran kelas pagi. ekceli, ni la punca masalah yang menyebabkan aku hampir mendapat surat amaran sebab kedatangan untuk kelas Statistik. oho. Miss Shaieda, maafkanlah anak murid mu ini. -rupa²nya aku kaget jugak dengan surat amaran, sampai ngadu kat ainul tah bape kali.hihihi-

  • tak berapa nak buat, tapi nak buat jugak:
habiskan segala ubat/supplement mengikut jadual dan prosedur tanpa menyebabkan bahan² tersebot ahernya menetap dalam tong sampah.haha.kes makan ubat ikut suka. lagi² panadol. aku da buat dia macam gula² sebelom tido. aiseh.
to emy&eyda: tolong sorok panadols korang sebelum aku kembali ketagihan -.- terukbetul

  • yang ni kene buat:
aku nak celcom broadband!!!!
kerana tanpa internet siapalah aku.aiseh
kes subjek komputer sem lepas. sedeh wo. dapat pensyarah yang berdedikasi memanglah.

suasana: Presentation seorang klasmet

"kenapa database kamu takda ..itu ini..dan blablabla..?" pensyarah menyoal dengan muka separuh serius.

"sebab, tak da pun dalam buku, dah cari.." jawab klasmet yang hidupnya mungkin hanyalah buku text.

"kenapa tak try cari di internet??" pensyarah seolah menyerang dan tak puas ati.

jawapan monolog semua orang "macamlah kita hari-hari dapat bukak internet"

serius. subjek komputer jangan haraplah kau tengok buku dan kau pandai! Teknologi komputer adalah sebuah teknologi yang berevolusi sangat pantas. Info ria yang kau nak guna pun, kene berada dalam sebuah arena yang pantas. Tak lain internet lah. Kena pulak, rata² bilik klasmat² aku kebanyakan kedap wireless, termasuklah aku. Memang nasib malang wehh. Budak bisnes dan account yang boleh belajar dan 'dean list' tanpa internet, rata² boleh ber-online secara bebas. tergolek tertonggeng takde hal lah.

nak berinternet, silelah ke CC atau pun lab² komputer mahupun komputer library yang bagi aku, sangatlah membuang masa

kerana:
  1. list menunggu yang sangatlahhh panjang
  2. line internet toksah cakap. kalau aku bancuh megi untuk kali ke-3 pun browser tak siap2 lagi.
  3. yaa..kau aspect kau leh duk lame ke kat cc? assignment kau tu tak agak² banyak nya, memang all the time kalau boleh kene connect internet. kerusi tak sempat panas, tukang jaga CC dah kata nak tutup. Lab/library toksah layan la.lagi awal.
ada yang menyoal "kenapa korang tak bawak je lappy korang kat tempat yang ada coverage??"

soalan yang agak bijak jika si penjawab menggunakan laptop.

masalah terbesar, rata² bebudak sains kuantitatif/komputer dinasihatkan untuk menjana kompuer daripada laptop. Ini kerana, bersesuaian dengan projek² yang bakal terlaksana, nak apgred RAM lah, nak apgred itu lah ini lah. Bak kata pensyarah kami "laptop kurang sesuai lahh dengan kos korang"

kan??

"kenapa tak beli laptop yang bleh upgrade macam-macam??"

ni barulah soalan kurang bijak. Kami hanyalah tajaan ptptn.(jangan gelak, sebab web site UiTM tulih camtuh) kalau aku tajaan mara mahupun jpa sekalipun, aku tak rasa macam mampu nak beli laptop sechanggeh itu yang semestinya cecah lebih RM5000. Juga bapa aku bukanlah sehebat Dato' K. walaupun misai mereka sama, tapi janggut tak yek.



  • yang ni wajib buat: (bukan aku je, yang membaca pun)
MARILAH SAMA-SAMA FLAG-KAN BELOG BODOH SI KAFIR TOTOK NI

adibahahmad

flag kan ia sebagai violence tolong buat jika anda sayangkan Rasulullah S.A.W.

sungguh ku tak paham apa motif dia, selain di-prank atau sememangnya pengeblog ini menghidapi sakit mental.


- aku malas nak bukak satu lagi topik untuk belog bodoh ni, sebab ku kira ia seperti membazir space -



...sekian senarai sukahati

Friday, December 26, 2008

Picasa 3

aik

aku baru download bende alah ni.
Serius, aku ketinggalan zama
n nampaknya. Lihat dengan tepat terhadap no 3. Ye, aku pasti aku ketinggalan zaman. Picasa itu telah versi ke-3.
Dan semalam, aku baru tahu
Picasa ni wujud.

Picasa ni hape kemende?

Sejenis menatang yang sangat seronok digunakan untuk mengedit gambar

waaaw.

gagum? aku pun.

Interface atau antaramuka(nama tak glemer langsung) si Picasa ni, boleh tahan sematnye.

oop.s. jangan salah faham. Semestinya Picasa 3 bukanlah saingan Adobe Photoshop.
Setakat edit cikai² boleh lah. Setakat edit muka korang nampak lebih 'bersinar keimanan' tu boleh la jugak. Tapi nak edit bagi muka korang sechanteq! Angelina Jolie (orang kata dia cantik, maka aku meng-iya-kan aja) ..err..kem salam.Takboleh.melainkan kau memang berwajah Angelina Jolie.
intro die gini. aku suke loh intro die.'picasa' tu luncat² hoho
[seperti biasa: klik utk gambar lebih besar]


nah la mls taip panjang².
kalau nak download je, kalau tanak kau punya pasal.

Picasa 3 Download secara Free (aku bagi free ni, amik je laa... =P )

just added: [Permintaan orang ramai.ehe]


oke. Best,ada photo gallery. Ala² Windows Photo Gallery gitu


ni editted. Selalunye kalau nak edit camni, kita terhegeh-hegeh bukak Photoshop kan?
Untuk yang pemalas macam aku,seswai sangat la..takyah susah2 bukak Photoshop semata2 nak edit sikit2 gini.eheh.

credit to:faiza,sharif,fathinah.pinjam gamba sat.

Glowing effect. Sephia. Black&white. Sharpen. Blur. dan banyak lagi.-malas nk type-

Siap boley direct upload gamba ke belog memasing. Mesra bloggers la kira.Seswai sgt la untuk bloggers 'rajin' macam kita.aik? kita? ehe.
Dan kepada yang masih mempelajari ilmu Photoshop, jangan putus asa lak lepas dapat main Picasa 3.uhuh.

Selamat mencuba.Jadilah pengguna yang berhemah.Anda mampu mengubahnya

...penat jugak rupenye jadi promoter..even barang free


Thursday, December 25, 2008

antara sebab kenapa budak² boleh hilang

semalam.

aku lepak kat shah alam.
kat mana?
aih tak kemana pun, rumah maksedara aku je.

lokasi:
kondominium kristal
jalan pulasari
sek 7
SA

sebelah pintu pagau UiTM sek 7 je. siap share pagau ngn UiTM lagi.aih

Pendekkan cerita, di petang hari memang syiok la tido. Tapi..adikku si Bongsu beriya-iya mahu ke playground. Alah, sebab kawasan rumah aku tak de playground pun. Disebabkan akak² si Bongsu ni semua tengah best lalok [bahasa minang, membawa maksud tidur] dan disebabkan maid ikut skali, maka maksedara aku yang kupanggil Ucu ni, mintak dia temankan si Bongsu dan bro Imam yang darjah enam ni turun ke playground. Dah darjah enam pun tak leh caye sangat.

pendekkan cerita lagi..
6.30 petang. aiihh awat awal nau adik² aku ni balik? selalunya da azan maghrib pun buat² lupa je yang diorang ni ada rumah.

si Bongsu mengadu "ammar takut...ucu, ada hantu.."

Budak kecik ni sah muka ketakutan.

"Ada hantu..panggil Ammar..masa kat bawah tadi.."

Aik, hantu apa siang² terang gini.

Mula² memang rasa nak buat undi tak percaya kat dak kecik nih. Tapi dari ekspresi muka dia, kesian lahaii, rasa²nya betul kut apa yang dia cakap.

Maka bro Imam memulakan bicara "tadi..ada orang, besar, lelaki..panggil Ammar, tapi lepas tu Ammar terus lari dekat Amin (bro Imam tu lah) "

"besar mana orang tu?" ayat tanya yang tak beberapa patut ditanya sebab hanya untuk kepastian bahawa 'orang itu' sememangnya orang.

"adelah tinggi besar kakngah" cinabeng kau Amin. aku besar sangat ka?? -_________________-'

isk²

"muda ke orang tua?"
"takde lah tua pun, sebaya kakngah kut" tengokkk aku lagi yang dijadikan contoh. Nampak sangat aku ni spesis big-grin-evil-sister di mata dia. *-*

huhhuu

Agak² orang tu berniat jahat ke tak?

Ucu memandang tepat ke arah maid selaku penjaga diorang secara sepatutnya kat playground tadi.

"abis makcik kemane?" soal Ucu. A'ah ek, maid tu kemane? takkan lah orang-tu berani² pulak panggil si Bongsu yang kiut ni, [ala² aku, mase kecik² dulu, keh³] kankan.

"acik tu, die tak jaga pun Ammar, dia borak-borak dengan orang sapa tah kat tempat lain"
aihh tu dia, bro Imam da menunjuk² sifat mengadu dia. eheh

Di saat ini, semua jeling nak maut dengan maid yang sorang ni. Memang Ucu dan Nenek dah ada feel tak best dengan dia sejak dia mula² kerja lagi. huhu. aku? iye, aku pun. Problematic maid memang tak duk lame la kat rumah aku nampaknya.

Benasib baik dengan sifat si Bongsu yang agak² penakut sebab terus lari, kalau tak, [dan kalau ye orang-tu berniat jahat] mesti da dicekup bawak lari je budak kiut sorang nih.huhu. tak pasal² aku kurang sorang adik.aishh.

Hari berikutnya, si Bongsu masih mengadu. Dah macam ada fobia je aku tengok.aih.
Orang cakap, nak menghadapi ketakutan atau fobia, kita kene berdepan dengan perkara tersebut. Si Bongsu bukan menghadapi fobia dengan orang yang tak dikenali, tetapi fobia nak main kat playground. Dek kecian kan budak kecik yang baru nak pandai main di playground yang ku kira masa muda² dulu suatu tempat yang best sebab boleh lompat² panjat², maka, Ucu mintak aku dan si Sulong temankan makhluk dua orang ni yang buat aku rase banyak songeh betul, nak releks pun tak leh.huhu.

"nanti Ucu suruh Kakngah temankan ye.." pujuk Ucu
"nanti ada hantu lagi" balas si Bongsu yang muka bajet cuak. aku tak paham kenapa adik aku panggil orang-tu hantu.
"tak..kalau hantu tu datang, nanti Kakngah pukul kepala dia dengan kasut" balas Ucu.

Terima kasih kerana menjadikan aku sebagai Superhero beliau dalam kasus ni. -_-

Si Bongsu tak fobia lagi, dan bermain dengan gembiranya.

whiee~ gelungsur bes

Maid pulak?
segala jenis denda, potong gaji elaun, bebelan oleh Ummi nanti, aku tanak amik tahu.


sekarang paham kan kenapa budak² boleh hilang, Sharline, Awi, Nurin...lagi²? akibat kelalaian ibu/bapa/penjaga (sila potong mana-mana yang tidak berkenaan), budak² kecik yang kiut, malah cun seperti Nurin Jazlin menjadi mangsa.



siap boley view Menara UiTM ..dari dalam terowong?

Aku rasa, nanti kalau aku ada anak, aku ikat je ngan tali..macam bawak anjing jalan² haha. Tali tu pun memang ada khas untuk budak. Ikat kat tangan. Kat rumah ni ada satu. Memang tak juallah kat Malaysia, tapi tak tau lah kot² sekarang dah ada. Rasa² nampak keji tak buat anak macam anjing peliharaan? lols.

Wednesday, December 24, 2008

ANGKA-SAWAN bermula!

-tajuk agak femiliar-


aku akan melangkah kembali ke dunia kampus, setelah tersesak nafas beberapa minggu dengan kecuakan aku terhadap keputusan peperiksaan yang nyata membuahkan hasil

alhamdulillah



uitm johor.Here i come to you bebeyhh~! X)
-ucapan selamat kembali kepada diriku-

sememangnya persediaan aku untuk terus menongkah arus yang tak ade kaitan pun dengan arus elektrik, telah bermula. Ini bermaksud, 'angka-sawan' aku juga akan bermula dengan subjek-subjek yang memberangsangkan minda.ohoh

tadaa


  • INTRODUCTION TO INTERACTIVE MULTIMEDIA 3.0
  • CALCULUS II 4.0
  • LINEAR ALGEBRA I 3.0
  • FUNDAMENTALS OF MANAGEMENT 3.0
  • OPERATIONS RESEARCH 4.0
total crdt hours: kire ar sendiri.

menarik? tak menarik?

sukati. pada mata hatiku ia tetap cantik tertarik mereka sungguh howtt!~
Macromedia flash~! bersedialah, aku akan memperkotak-katikkan kau.
dan kepada yang tuko Flash kepada Macroeconomics. gudluck. Microeconomics aku pun macam darn hell. Tak kuaseee ak nak tengok Macroeco pulak.

dan. ehem. aku baru nak start linear algebra yang kebanyakannnye kate "aduiyay, senang je tu"
harap-harap telahan korang benar-benar betul.oke.sayang korang.

nampaknya, subjek kalini tak seteruk sem lepas, di mana, aku ada 3 subjek berstatus 4 jam kredit.mama~! trouble.
tapi atleast da bagi tau 4 kredit tu, pandai-pandai la manage kan.
dan lebih trouble kalau..ye..kalau.. status nya pura-pura aje 3 atau 2 jam kredit, tapi hakikat kebenarannya ...membuatkan aku mahu terjerit "tolooonnn!!" -lepas tu tensi je, call ainul.heheeehhh-

so, kepada subjek-subjek next sem yang howt belaka tuh, tolong jangan hipokrit dengan aku, sebab aku pun tak suka nak hipokrit dengan korang.oke.sayang korang.=)

one more thing.
kos dah terdaftar. Ucapan terima kasih kepada penggubal jadual waktu selaku makhluk yang berjaya membuatkan aku bakal tak makan tengahari pada hari Isnin. Isnin: 8 pagi - 4 petang. non setop. cis.

isk. xpelah.

berusaha untuk mencapai 4 rata
(pinjam ayat aN) titik